Wednesday, May 4, 2011

Projek

Hanya berbaki beberapa bulan, saya perlu selesaikan projek tersebut dengan segera.

Terdapat 10 permohonan untuk menjadi RA/GRA di bawah projek tersebut, namun begitu saya hanya ada peruntukan kewangan untuk 2 orang sahaja. Berat hati, tetapi saya terpaksa melepaskan 8 calon yang lain.

Harap maaf, bukan kalian tidak layak, tetapi kekangan masa menyebabkan pilihan yang saya kira terbaik buat masa ini harus dibuat. Dalam masa terdekat, mungkin kalian boleh bertanya kepada para pensyarah lain sekiranya mereka memerlukan pelajar seliaan untuk menjalankan projek mereka, contohnya Dr. Ilyani.

Di masa hadapan, andai ada sesiapa yang masih berminat untuk menyambung pengajian di bawah seliaan saya, silalah berhubung. Kalau ada rezeki, kalau kebetulan saya ada geran yang memerlukan pelajar, dapatlah ia membantu membiayai serba sedikit kos hidup dan pengajian kalian.

Semoga kalian terus bersemangat untuk belajar. (",)

2 comments: