Wednesday, January 27, 2010

Demi masa

Tup tup aku dah berada di bulan ke-5 kehamilan. Cepat betul masa berlalu. Dah melebihi separuh tempoh kehamilan. Perut makin besar. Beberapa helai baju dalam almari dah diketepikan daripada senarai ulangan untuk ke pejabat. Yang masih boleh dipakai pon semuanya dah tak boleh zip habis. Separuh je atau pun kurang. Masa pergi ke Norway hari tu, abang ada belikan aku sehelai seluar 'maternity' bila aku ngadu yang seluar2 aku kat sana semuanya tak boleh zip habis. Butang apatah lagi. Nasib le ada bawak tali pinggang. Terima kasih abang. Suka sangat!

Pastu bila balik sini, aku dok ulang suar tu jelah, pasal itu je yang ada. Sibuk sangat, tak sempat nak gi shopping barang2 cenggitu. Kelmarin, lepas abang hantar aku ke pejabat, abang pergi Giant. Dia belikan baju dan kain 'maternity' untuk aku. Time kasih lagi...sayang abang! Cuba sekali, rasa badan ni macam besar sangat, macam orang ngandung lah. Tapi memang aku ngandung pun. Hehe.

Tadi pagi, abang kata dia rindu kat baby. 2 hujung minggu yang terkini, abang stay kat Terengganu lama sikit, jadi dia dah selalu main2 dan cakap2 dengan anak dia. Bila balik ke sana, mulalah teringat2. Jadi, tadi aku pasang loud speaker, suruh die cakap ngan anak dia. Diam je baby, mendengar agaknya.

Kelmarin, masa abang masih kat sini, sepanjang pagi perut aku rasa sakit2 sikit dan tak terasa tendangan baby langsung. Dalam hati dah risau. Kalau sampai ke petang tak rasa juga, aku cadang nak gi check kat klinik. Alhamdulillah lepas hantar abang naik flight kul 4, baby mula tendang semula. Balik dari opis, lepas solat maghrib, makin kuat dan kerap pula. Tertanya2 kenapa. Aku telefon abang, mengadu. Tiba2 baby diam. Abang kata baby cari ayah dia agaknya. Mmm...mungkin jugak. Pasal die tak dengar suara ayah die dah. Even suara ibu pon tak banyak, pasal ibu nak cakap ngan sape sorang2 kat rumah tu. Dah pandai rupanya anak ibu dan ayah ni. (",)

Pagi ni aku join kawan2 pegi jogging kat tasik tepi stadium Terengganu yang runtuh tu. Tapi aku jalan laju2 jelah. Dah berapa bulan tak buat, terbakar sikit lemak2 di bawah peha dan atas perut ni rasanya. Ada orang pesan jangan aktif2 sangat, mungkin boleh datangkan bahaya. Tapi ada juga orang pesan suruh jalan banyak2 di hujung kehamilan ni untuk mudahkan proses bersalin. Yang mana nak ikut pon tatau lah.

Hujung minggu ni, abang balik lagi insyaAllah. Ingat nak gi scan baby lagi, tapi macam sebulan sekali lah pulak. Takpe ke? Ada kesan sampingan ke? Aku rasa nak tengok dia OK tak, pasal yang bulan lepas dia tak gerak sangat macam bulan yang sebelumnya. Doktor kata macam lambai2 tangan je. Agaknya dia pon penat sama travel Oslo-Amsterdam-Nilai-Melaka-Nilai-Gambang-Kuala Terengganu ngan ibu ayah. Tapi sebab tak nak kecewakan ibu yang excited sangat nak tengok, dia lambai tangan juga. Sweet sangat...ibu sayang baby!

Wednesday, January 13, 2010

Rasa apa tu?

Pagi hari ni, masa bercakap dengan abang, tiba2 terasa satu denyut kat perut sebelah kanan. Tak lama kemudian, terasa lagi sekali, di tempat yang sama. Pelik.

Di pejabat, sedang aku tekun buat kerja, tiba2 sekali lagi terasa denyut tu. Di sebelah kanan perut juga. Tulis status di FB, kawan2 kata mungkin baby dah mula kicking.

Tengahari tak terasa apa2 dah. Tapi perut mengeras. Tak pelik, sebab selalu jadi dalam 2 minggu ni. Mungkin dia main2, panjat2 perut lepas dapat makan chicken chop. Hehe. (Makan di restoran yang dibuka oleh pelajar Sains Makanan untuk keperluan kursus yang diorang ambil semester ni.)

Malam ni, sekali lagi, sedang aku kusyuk membaca buku, tiba2 terasa lagi denyut tu. kali ni di bahagian bawah perut. Bukan sekali, berkali2, berturut2. Tiba2 ada satu lagi rasa yang pelik, rasa sesuatu bergerak, seakan berputar, juga di kawasan yang sama.

Dia ke yang bergerak? Atau khayalan aku sahaja? Abang, kalau lah abang boleh rasa... seronoknya! (",)

Monday, January 11, 2010

Happy 1/2 Anniversary

Pagi ni dapat emel daripada Abang:

SAYANG,HARI INI GENAP 6 BULAN KITA MNJADI SUAMI ISTERI,GENAP 6 BULAN KITA BINA KELUARGA KITA...ABANG BAHAGIA SELAMA 6 BULAN NI DAN ABANG BERHARAP DAN BERDOA SEMOGA KITA LEBIH BAHAGIA DAN BERKEKALAN UNTUK MASA MENDATANG..TERIMA KASIH KERANA SANGGUP BERKONGSI HIDUP DENGAN ABANG...SAYANG ISTERIKU HASSILAH.


Terharunya rasa. I love you too Abang! (",)