Wednesday, May 11, 2011

Bekal

Hari ni buat pertama kalinya ibu masakkan Mawaddah bihun sup ikan Uji/lolong/beliak mata dengan sayur-sayuran. Sebekas. Ibu sediakan juga seperti hari-hari yang sebelum ini sebekas bubur nasi dengan sup yang sama.

Selain tu, ibu bekalkan 4 bekas Cerelac pelbagai perisa (beras, beras merah, gandum+madu, gandum+bilis), Baby Bite (biskut beras) perasa asli, beberapa keping biskut Tiger pelbagai perisa (asli, coklat, susu), biskut Jacobs dan sebiji epal untuk Wan pilih dan bagi Mawaddah makan. Ibu tak nak anak ibu kelaparan sepanjang ketiadaan ibu.

Untuk minuman pula, ibu bekalkan 2 botol susu ibu perahan petang semalam, setengah botol air+sedikit madu dan setengah botol air masak supaya anak ibu tidak kehausan dan kekeringan di musim panas ini.

Semoga anak ibu sihat dan membesar dengan baik. Ibu sayang babybu!

Nota: Untuk diri sendiri, ibu beli sebungkus nasi berlauk, sebungkus nasi minyak, 2 biji burger Malaysia dan 3 biji pau goreng berinti kacang merah. Beli kat pondok tepi Pasti Tok Jembal. Semua berharga RM4 sahaja. Cukuplah untuk sarapan pagi, makan tengahari dan kudapan ringan hari ini, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment