Wednesday, February 29, 2012

4 tahun sekali

Ayah cakap dengan anak dia soh kuar hari ni. Umur lambat meningkat katanya sebab 4 tahun sekali baru jumpa tarikh ni. Haha..pandai2 je.

Tak sampai sejam lagi tarikh akan bertukar, tapi takde apa2 tanda pon lagi yang dia akan keluar. Yelah, EDD nye pon 22 Mac, lama lagi. Tapi semuanya pon kuasa Tuhan kan?

Tuesday, February 28, 2012

Tak nak ayah!

EDDku semakin hampir, tak sampai sebulan pon lagi. Badan dah rasa tak larat sangat. Seperti yang dibaca dalam buku, pada peringkat ini selalunya ibu dah rasa tak sabar nak melahirkan. Kandungan kali ni jelas berbeza dengan yang sebelumnya. Bentuk perut muncung ke depan. Suami kata kalau dari belakang aku nampak macam biasa je, macam tak ngandung pun. Tapi kalau tengok dari tepi, memang tidak dapat nak disorok langsung. Baring pon lebih selesa mengiring. Kalau terlentang, sekejap je dah rasa sakit2 pinggang. Tulang pelvis sebelah dalam dah mula terasa sakit, terutama kalau bangun selepas duduk yang agak lama. Terkengkang-kengkang berjalan. Masa tu memang sendiri pon rasa macam dah nak bersalin sangat. Tapi bila lama sikit, boleh jalan dengan laju, dan hampir berlari-lari anak lagi! 

Bercerita tentang Kakak Baby, dia semakin keletah berkata2. Banyak betul dah perkataan yang diketahuinya. Suami kata dia salin semua perkataan, cara bercakap ibunya. Hehe. Setuju jelah sebab memang iya pon. Sampai ke cara berjalan yang laju dan seakan2 berlari pon ayah kata ikut ibu. Hassilah Junior nama panggilan baru Kakak Baby. Sabau jelah!

Satu ayat Kakak yang kami tak tahu dari mana asal usulnya adalah "Tak nak ayah!". Makin kerap penggunaannya sekarang ni, terutama bila masa nak tidur. Masa lain OK je, seperti masa makan dan berjalan, memang nak sangat dengan ayahnya. Ada kala jadi lucu pula bila dia siap pimpin ayahnya, suruh duduk di sisi katil tempat ayahnya selalu tidur dan kata "Ayah boom, ayah tido". Lepas tu dia datang semula ke sisi katil satu lagi dan cakap kat aku "Ibu teman kakak". Terkedu kami dengan tindakan dia. Selalu dia jerit je, suruh ayahnya pergi jauh2. Tapi bila sampai dia dengan sopannya hantar ayah ke tempat tidur yang sepatutnya, rasa comel pula. Hailah anak! Dia nak aku je yang tidokan dia. Dalam keadaan begini, menjelang malam badan ni dah rasa letih yang amat. Tapi bila Kakak minta tidokan dia, memang bertambah2lah letihnya. Kena mengiring ke kiri dan ke kanan bersilih ganti menyakitkan aku. Suami simpati sampai jadi geram pula dengan anak sulungnya tu yang tak nak kat dia bila masa tido. Aku cuma mampu tenangkan dengan kata "Biasalah budak2 nak dapat adik memang mengada2 lebih. Sabarlah abang."

Memang biasa ke fenomena macam tu?