Saturday, April 9, 2016

Temu Murni Tadika Wadi Ez Zahra

Hari ni ada program perjumpaan dengn ustazah Tadika untuk bincang tentang kemajuan pelajaran Mawaddah.

Antara komen ustazah Siti, guru kelas Mawaddah tahun ni:

  1. Mawaddah sangat banyak bercakap dalam kelas. Sampai ustazah suruh berhentu cakap. Lepas tu Mawaddah mesti kata "Mawaddah tak boleh berhenti cakap".
  2. Mawaddah dah boleh membaca.tak perlu eja satu-satu dah. Dia akan mula baca buku 5 tak lama lagi. Ada juga kawan lain yang masih membaca buku 2 atau 3.
  3. Mawaddah sensitif. Ada masa ustazah marah sbb tulis tak elok, nampak Mawaddah nangis smbil tulis semula.

Ustazah Dina pula kata Mawaddah ok dengan matematik. Bila suruh buat, tak perlu ajar. Dia buat sendiri. Ustazah boleh ajar kawan lain yang masih kurang jelas lagi.

Ibu bagitau ustazah yang Mawaddah dah tahu darab dan bahagi sikit-sikit. Dia yang nak belajar sendiri, bukan ibu suruh. Ustazah Dina kata tak tahu sebab dalam kelas belajar tambah dan tolak je. Tapi ustazah memang ada terdengar Mawaddah cakap-cakap dengan kawan-kawan tentang darab dan bahagi.

Ibu pun tak tahu apa faktor yang mempengaruhi tapi Kakak memang sangat suka nombor. Rasa ingin tahu kakak membuak-buak bila.berkenaan nombor. Kakak belajar bahasa Inggeris dan Arab juga melalui nombor. Sampai dah nak pejam mata tido malam pon masih teka ibu lagi hasil darab.

Kakak kata dia bercita-cita nak jadi cikgu matematik. Untuk budak-budak umur belum 7 tahun. "Kalau murid kakak buat salah, kakak tak marah pun. Kakak duduk sebelah dia, ajar sampai boleh buat."

Semoga niat murnimu dipermudahkan Allah sayang. (",)



Wednesday, April 6, 2016

Panas

Beberapa bulan ini cuaca memang sangat panas, walaupun malam. Jadi malam tadi, lepas solat maghrib, terus ibu masuk bilik, pasang aircond sebab ibu nak buat kerja dalam bilik. Anak2 ibu yang tengah main kat bilik mainan pon terus berlari masuk sama. Bila nampak ibu bawa masuk meja kecil dan beg kerja, masing2 pun sibuk nak buat 'kerja sekolah' juga.

Kakak dengan buku matematiknya, Hamdi dengan pensel warna dan Hadif dengan pensel dan kertas. Sibuk melayan itu ini diorang, sudahnya kerja sekolah ibu tak usik pon. (",)



Tuesday, March 29, 2016

Sarat


Hari ni ibu ajak ayah pergi Pangkalan Maras; nak cari kerang dan tempoyak selain apa2 hasil laut lain yg menarik hati. Ternampak Abg Rahim jiran sebelah rumah. Ibu pn tegurlah. "Eh! Dah sarat pun gi beli ikan lagi?" katanya.

Smp rmh, ibu tanya ayah, nmpk sarat sgt ke ibu ni? Smp Abg Rahim tegur gitu. Ayah kata dia pn rs ibu nmpk sarat sgt. Padahal baru 6 bln. Mcm nk bersalin dah je perutnya. Besar, smp ibu sakit kaki dan betis ngandung setiap hari kali ni. Yang sebelum ni tak sangat.

Semoga Allah ampunkan dosa2 ibu atas kesakitan itu.

Thursday, March 24, 2016

25 Minggu

 

InsyaAllah, Mawaddah, Hamdi dan Hadif akan dapat adik baby baru tak lama lagi.  Ibu dah 25 minggu.

Dijangkakan lahir seminggu sebelum Raya Aidilfitri tahun ni. Beraya di Terengganu lah kami gamaknya. (",)


Monday, June 22, 2015

Ramadhan 1436H

Hari ni dah 5 Ramadhan. Kakak tak cuba berpuasa pun lagi. Ayah kata Kakak kena pastikan solat cukup 5 kali sehari baru puasa. Tak nak Kakak penat2 puasa tapi tak solat. Hamdi pula malam ni dapat ikut Ayah terawikh di masjid; 2 malam berturut2.

Eh! Cepatnya Abang balik?
Dia buat perangai pulak. Masuk dalam kain!
Haha..

Sunday, March 15, 2015

Abdullah Hadif Bin Mahaidi

Gambar pertama Hadif, di wad kanak-kanak HSNZ.

EDD ibu untuk kelahiran ke-3 ini adalah pada 11 Nov 2013. Tarikh yang agak cantik. Oleh sebab Hamdi lahir awal 2 minggu, jadi kali ni ibu ambik cuti bersalin lebih awal. Nak berehat-rehat di rumah konon-kononnya. Dah rancang nak masak-masak dan ajak Cikni, Cik Siti dan Cik Noor makan tengahari di rumah. Rupanya tak sempat sekali pon. (",)

Abdullah Hadif lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 5.30 pagi, 8 November 2013 dengan berat 3.45 kg. Alhamdulillah cukup semua sifat. Hidung kembang, tapi nampak tinggi sikitlah batangya kalau dibanding dengan yang lain. Keturunan ibu, tak boleh lari. Hehe. Selepas disusukan, Hadif dihantar ke wad kanak-kanak untuk rawatan susulan. Kenapa? Nanti cerita lain.

Pengalaman bersalin kali ni, sakit sangat! Err... 2 kali yang sebelum pun sakit juga, Haha. Biasalah sakit bersalin. Mana mungkin tak sakit bila seketul objek dengan diameter ?? cm (x ingat) nak keluar dari lubang yang sempit.

Masa Mawaddah, dia post-date. Ibu kena masukkan ubat 2 biji untuk cetus dan galakkan kontraksi, supaya Kakak boleh keluar melalui laluan normal. Sakit sangat yang panjang buat ibu tak cukup kuat masa meneran, Kakak asyik tersedut masuk semula ke dalam. Lambat sikit Kakak menangis bila keluar. Ibu kena marah dengan nurse sebab nampak gave up masa meneran tu. Ibu dah penat, rasa nak tido.

Hamdi pula, banyak kali juga ibu meneran. Keluar masuk juga. Ibu dah bersedia dan bertenaga, cuma tak pandai nak meneran. Bila keluar, Hamdi kena masuk wad kanak-kanak terus sebab jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa. Leher dia terbelit tali pusat sikit juga rasanya.

Kelahiran Hadif pula, testimoni Ayah, penyokong setia ibu di setiap kelahiran, adalah yang terbaik. Ibu teran tak banyak kali. Ibu pandai 'curi nafas' kali ni. Nak cerita pun tak tau macamana buat. Tak pernah praktis, tiba-tiba jadi masa tu. Alhamdulillah. Masa tu cuma ingat nak keluarkan bayi cepat. Tak nak jadi apa-apa komplikasi pada dia disebabkan ibu tak berjuang sekuatnya untuk keluarkan dia. Dalam dok curi nafas tu, terangkat sikit punggung, 'krakkkk..' terdengar bunyi koyakan di bawah. Tak apa lah, ibu teruskan juga teran sampai Hadif keluar. Lega rasa. Tapi lepas tu tak habis takbir tiap kali jarum masuk keluar masa nurse jahit luka; sakit yang lebih sakit daripada bersalin!        

I love you sayang.

Saturday, March 14, 2015

Tidur dan mandi

Mandi adalah perkara yg disukai oleh mereka bertiga. Boleh duduk berjam-jam dalam bilik air tapi kepala tak basah pun. Kalau air yang mencurah-curah masuk ke longkang tu boleh terus bersihkan apa sahaja yang dilaluinya, mesti berkilat longkang kita.

Bila disuruh mandi, biasanya:

NMW: Baiklah ibu. Kakak mandi sekarang.
AHM: Eh! Amir dah mandi lah tadi. Cikgu siram.
AHD: (Tak payah suruh-suruh. Bila abang kakak masuk bilik air, terus angkat baju, sendiri masuk bilik air dan buka paip)

Tidur malam pula paling tak seronok. Hampir setiap hari bergaduh bila nak suruh tidur.

Antara dialog bila disuruh tidur:

NMW: Kakak tak boleh tidurlah. Ibu/ayah tepuklah kakak.
AHM: Amir nk tinge (telinga) ayah jugak!
AHD: Aatekkk...