Saturday, April 14, 2012

39

Pejam celik, rupanya hari ni dah hari ke-39 aku bersalin. Bermakna tempoh pantang 44 hari aku cuma berbaki 5 hari sahaja lagi. Cuti bersalin pon cuma ambil 60 hari je gara2 nak jimat cuti untuk kuota cuti 4 anak yang seterusnya (insyaAllah). 6 Mei ni dah kena mula masuk kerja.

Sedih pula rasa memikirkan nak hantar Hamdi ke rumah pengasuh setiap hari. Masa Mawaddah dulu macam ni juga, lebih lagi rasanya, sebab tak tahu tahap penjagaan di taska/rumah pengasuh dia. Rasa sedih campur risau sangat. Kali ni cuma sedih nak berpisah je. Tentang penjagaan tak risau sangat sebab dia akan dijaga oleh Wan juga, pengasuh Kakak. Ada lah sikit2 yang tak puas hati, tapi kat manalah kita nak dapat yang terbaik selain daripada sendiri berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak sendiri, tak gitu? Hehe.

Nak tambah cuti lah lepas habis cuti ni, guna cuti rehat, seminggu je. I like (",)

Kembali bekerja

Kembali ke KGPJ setelah berehat 10 hari di rumah Melaka menandakan tamatnya cuti bersalin tidak rasmiku kali ini. Walaupun kuliahku telah diambilalih oleh pensyarah sementara, tapi pelajar2 Sarjana dan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) masih lagi di bawah tanggungjawabku semester ini.

Bermula kelmarin, perjumpaan pelajar Sarjana diadakan, sehari seorang. Ada 3 orang pelajar, jadi 3 harilah; Khamis, Jumaat, Sabtu. Oleh sebab masih lagi dalam pantang, jadi perjumpaannya haruslah di rumah. Jadi, ruang tamu kami kini bertukar menjadi pejabat, setiap petang, antara pukul 3 hingga 7.

Seterusnya perjumpaan dengan pelajar PITA pula akan dimulakan. Tak banyak masa yang tinggal sebelum tarikh penghantaran Laporan Akhir mereka. Lebih kurang 7 minggu je lagi. We really need to catch up. There are 8 students under my supervision which means that I have to work on 8 different projects. But fortunately I had grouped them into 2 similar areas which I supposed reduces my burden this semester.

Kembali bekerja selepas sebulan lebih bercuti, semoga Allah permudahkan aku menjalankan amanahNya ini, amin.

Wednesday, April 4, 2012

PERISTIWA BERDARAH

Aku bertungku di atas katil. Adik Hamdi lena di sisi selepas menyusu. Kakak makan kuih lapis yang Atuk beli di pekan. Tak habis lagi, tapi dia dah ikut Atuk dan Busu Akim ke dapur pula.

Tiba2 Kakak datang ke sisi aku dan berkata, “Ibu, darah.”sambil tunjuk kedua2 tangannya. Terkejut, tapi aku cuba bawa bertenang. Aku belek tangan Kakak. Nampak comot. Memang betul ada sesuatu berwarna merah yang melumuri. Banyak. Betul ke darah atau pewarna kuih?

Aku pimpin dia ke dapur, sambil beritahu Emak. Aku basuh tangannya. Memang betul darah. Jelas kesan luka di jari ibu kanannya. Satu di sisi luar jari, seperti dihiris objek tajam, luka di bawah kulit. Satu lagi di sisi sebelah dalam. Kulitnya tanggal, meninggalkan luka yang agak dalam, yang tidak mudah untuk dihentikan pendarahannya. “Siapa buat Kakak?” tanyaku. “Kucing tu.” Katanya sambil menunjuk pada kucing hitam yang sedang enak bergulung di bawah buaian.

Aku bawa Kakak ke depan semula, minta dia baring di atas riba. Aku sapu minyak gamat pada lukanya dan tutup dengan handyplast. Adik menangis minta susu. Aku ajak Kakak baring bersama. Tidak sampai seminit, dia terus terlena.

Di rumah kampung ni memang ada 3 ekor kucing; 1 hitam dan 2 kelabu. Kata Emak, yang hitam garang sikit, lebih agresif banding yang lain. Sejak balik, Mawaddah memang suka main dengan kucing2 ni. Tapi tidak berapa kena caranya. Dia kejar kucing2 tu, tangkap, tarik ekor dan angkat ke sana sini. Tapi masalahnya dia bukan angkat badan, tapi angkat bulu kucing tu. Memanglah sakit. Puas tegur dan marah, dia buat lagi. Kucing2 tu pun macam sabar je. Biar je diri diperlakukan sebegitu kalau dah tertangkap.

Tapi mungkin pagi ni Kakak tidak bernasib baik lagi. Ganggu kucing hitam yang sedang berehat meninggalkan tanda berdarah di jari. Sedikit pun dia tidak merengek, apatah lagi menangis. Kakak kuat! Cuma dia kelihatan sedikit keliru. Mungkin dia tak faham apa yang dah berlaku. Mungkin juga kuku kucing tu sangat tajam sampai tak rasa sakit masa dicakar.

Tak siapa nampak apa yang sebenarnya berlaku. Aku tak ada dengar kucing mengiau marah walau tak berapa jauh pun duduknya kucing tu dengan katil tempat aku bertungku. Hanya Kakak yang tahu dan juga Allah pastinya. Apa pun, aku rasa Kakak belajar sesuatu pagi ni; jangan kacau kucing berehat. Tapi tak taulah dia serik ke tak. Kita tengoklah bila dia bangun tidur nanti. Hehe.

Monday, March 26, 2012

Amir Hamdi Bin Mahaidi

Bersiaran dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka dengan dua orang anak kecil yang lena di sisi. (",)

Pejam celik, hari ni dah masuk hari ke-20 aku melahirkan cahaya mata kedua kami AMIR HAMDI BIN MAHAIDI. Alhamdulillah kami berdua sihat di bawah lindunganNya.

Hamdi sebelum disusukan di Wad Kanak-kanak HSNZ, kira2 10 jam selepas dilahirkan.

Hamdi di atas pangkuan Tuknek, hari ke-12.

Hamdi dengan Kakak tersayang.

Setelah berpantang sendiri hampir 3 minggu di Terengganu, dengan sedikit seliaan oleh mak mertua, nenek mertua, kak Yani, Siti dan Noor (Terima kasih banyak semua. Jasamu kukenang), akhirnya aku kembali juga ke kampung untuk pemantauan penuh oleh emak yang tersayang. Tidak termasuk dalam rancangan awal, tapi disebabkan oleh encik suami yang dijadualkan untuk menghadiri kursus di KLIA selama 5+3 hari membuatkan keputusan ini diambil.

Tak lama selepas sampai ke rumah, emak dah bakarkan tungku batu (Batu sungai ni dipinjamkan oleh Nurse Dayana drpd KD Mengabang Telipot). Lepas bakar, mak curah sedikit cuka atas batu tu. Katanya supaya perut lebih mudah kecut. Malam pula mak masakkan ikan parang asam dan sayur bayam. Sedapnya! Siap makan, mak dan abah paksa aku kunyah jamu cap Petani pula. Huhu...terpaksarela (Aku memang tak suka makan ubat apatah lagi yang tradisional gitu). Esok pagi dia nak mandikan aku dengan air daun (Yang ni aku suka sangat. Bau sedap). Aku juga akan dibuatkan air kunyit untuk memulihkan luka2 dalaman. Bancuhannya 2 inci ibu kunyit hidup ditumbuk + sdkt madu + air asam jawa. Kalau takde madu, boleh letak gula merah atau gula melaka. Lagi, nak kena berparam dan berbengkung  dengan bersungguh2.

Walaupun terpaksa bertarung dengan Kakak Nur Mawaddah dalam perjalanan ke Melaka dengan keadaan luka jahitan yang belum pulih, tapi ia sesungguhnya berbaloi-baloi.

Catatan: Walaupun dah pernah bersalin dan berpantang sekali sblm ni, tapi macam tak ingat sangat.Jadi kena tulis semua dalam blog ni untuk panduan diri sendiri di masa hadapan. Ada lagi 4 kekosongan untuk diisi insyaAllah.

Wednesday, February 29, 2012

4 tahun sekali

Ayah cakap dengan anak dia soh kuar hari ni. Umur lambat meningkat katanya sebab 4 tahun sekali baru jumpa tarikh ni. Haha..pandai2 je.

Tak sampai sejam lagi tarikh akan bertukar, tapi takde apa2 tanda pon lagi yang dia akan keluar. Yelah, EDD nye pon 22 Mac, lama lagi. Tapi semuanya pon kuasa Tuhan kan?

Tuesday, February 28, 2012

Tak nak ayah!

EDDku semakin hampir, tak sampai sebulan pon lagi. Badan dah rasa tak larat sangat. Seperti yang dibaca dalam buku, pada peringkat ini selalunya ibu dah rasa tak sabar nak melahirkan. Kandungan kali ni jelas berbeza dengan yang sebelumnya. Bentuk perut muncung ke depan. Suami kata kalau dari belakang aku nampak macam biasa je, macam tak ngandung pun. Tapi kalau tengok dari tepi, memang tidak dapat nak disorok langsung. Baring pon lebih selesa mengiring. Kalau terlentang, sekejap je dah rasa sakit2 pinggang. Tulang pelvis sebelah dalam dah mula terasa sakit, terutama kalau bangun selepas duduk yang agak lama. Terkengkang-kengkang berjalan. Masa tu memang sendiri pon rasa macam dah nak bersalin sangat. Tapi bila lama sikit, boleh jalan dengan laju, dan hampir berlari-lari anak lagi! 

Bercerita tentang Kakak Baby, dia semakin keletah berkata2. Banyak betul dah perkataan yang diketahuinya. Suami kata dia salin semua perkataan, cara bercakap ibunya. Hehe. Setuju jelah sebab memang iya pon. Sampai ke cara berjalan yang laju dan seakan2 berlari pon ayah kata ikut ibu. Hassilah Junior nama panggilan baru Kakak Baby. Sabau jelah!

Satu ayat Kakak yang kami tak tahu dari mana asal usulnya adalah "Tak nak ayah!". Makin kerap penggunaannya sekarang ni, terutama bila masa nak tidur. Masa lain OK je, seperti masa makan dan berjalan, memang nak sangat dengan ayahnya. Ada kala jadi lucu pula bila dia siap pimpin ayahnya, suruh duduk di sisi katil tempat ayahnya selalu tidur dan kata "Ayah boom, ayah tido". Lepas tu dia datang semula ke sisi katil satu lagi dan cakap kat aku "Ibu teman kakak". Terkedu kami dengan tindakan dia. Selalu dia jerit je, suruh ayahnya pergi jauh2. Tapi bila sampai dia dengan sopannya hantar ayah ke tempat tidur yang sepatutnya, rasa comel pula. Hailah anak! Dia nak aku je yang tidokan dia. Dalam keadaan begini, menjelang malam badan ni dah rasa letih yang amat. Tapi bila Kakak minta tidokan dia, memang bertambah2lah letihnya. Kena mengiring ke kiri dan ke kanan bersilih ganti menyakitkan aku. Suami simpati sampai jadi geram pula dengan anak sulungnya tu yang tak nak kat dia bila masa tido. Aku cuma mampu tenangkan dengan kata "Biasalah budak2 nak dapat adik memang mengada2 lebih. Sabarlah abang."

Memang biasa ke fenomena macam tu?

Tuesday, January 17, 2012

Dah 32 minggu

Kejap je masa berlalu.

Di tempat kerja, sangat sibuk dengan kuliah dan penyeliaan pelajar. Mengajar memang tugas hakiki pensyarah. Tak boleh nak elak. Konsep penilaian berterusan dan pembelajaran aktif yang mesti digunapakai sekarang menambah beban. Mungkin sebab masih agak baru dalam bidang ni. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Kebetulan pula tiap semester aku kena mengajar subjek yang silibusnya berbeza. Banyak masa diperlukan untuk buat persediaan kuliah.

Selain daripada itu, ada satu projek FRGS yang mesti aku selesaikan segera. Dengan bantuan  dua pembantu Penyelidik Siswazah (GRA), alhamdulillah ianya menunjukkan kemajuan yang positif. Kalau harap buat sorang-sorang, memang tak ke mana lah jawabnya. Ada juga seorang lagi pelajar Sarjana yang aku selia, tapi dengan tajuk yang berbeza. Di Jabatan kami, semua pelajar tahun akhir diwajibkan buat Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) dan setiap pensyarah dikehendaki menyelia antara 8-10 orang pelajar. Seperti tahun yang lalu, aku dapat 8 orang pelajar lagi. Bezanya, tahun lalu kesemua pelajar adalah berbangsa Cina, tapi tahun ini kesemuanya Melayu. 8 kepala dengan 8 tajuk berbeza yang walaupun hampir sama, memang wat penyelia pening kepala.

Hal peribadi pon menyesakkan kepala. Pasal rumah lah, apa lagi. Ikut rancangan asal, kami nak beli tanah dan buat rumah sendiri. Kiranya uruskan semua tentang proses buat rumah dari A ke Z. Tapi fikir punya fikir, oleh sebab kekangan masa, akhirnya kami beli rumah siap, atau lebih tepat lagi hampir sangat nak siap. Itu pon kami serabut juga. Banyak hal betul. Cuba bayangkan kalau kami teruskan rancangan asal kami. Memang bergaduh je lah kerjanya hari-hari ngan encik suami.

Alhamdulillah kami dah mula letak barang di rumah baru kami dengan bantuan beberapa orang kawan yang baik hati; Kak Yani, Abg. Rizal , Siti Madihah dan Syawali. Tak banyak sangat pon. Selama 2 tahun lebih ni, kami menyewa rumah yang separa berperabot. Jadi kami hanya beli tv, peti sejuk, mesin basuh, sofa L, meja kopi dan meja belajar. Yang lain semua guna tuan rumah punya. Esok mungkin yang terakhir kami angkut barang; peti sejuk dan tv.

Tak sabar nak pindah, nak mulakan hidup baru! (",)