Tuesday, November 1, 2011

21 Minggu

Belum tahu jantinanya lagi, tapi hari ni dia dah berusia genap 21 minggu. Adik Baby Mawaddah yang disayangi ni kuat menendang perut ibunya. Sekejap di sebelah kanan perut, sekejap di sebelah kiri, sekejap di sebelah atas. Tidak menentu. Berlainan sedikit jika dibandingkan dengan kakaknya.

Kehadirannya adalah bagi meraikan kejayaan ayah berpindah ke stesyen MAS TGG. Syukur yang tidak terhingga padaNya.

Tak lama lagi Kakak Baby dapat teman. Boleh joget sama2!


Nota: Mawaddah bukan sahaja suka berjoget di dalam perut, bahkan terbawa2 hingga sekarang. Geram...

No comments:

Post a Comment