Thursday, February 25, 2010

Kejang kaki

Dalam buku panduan kehamilan ada cerita pasal kekejangan kaki, dalam bab untuk trimester pertama. Aku jadi tertanya2 macamana rasa kejang tu, sebab aku cuma ada rasa kebas kaki je, pon jadi bila dah dalam trimester ke-2, tapi abang kata itu bukan kejang.

Isnin pagi yang lepas, aku tersedar kul 4pg. Dah jadi kebiasaan, kalau tersedar, seluruh badan akan meregang secara refleks. Tiba2, ya Allah! sakitnya betis ni. Terfikir mungkin itulah yang dikatakan kejang. Teringat apa yang dibaca dalam buku tentang cara utk hilangkannya. Aku tarik tapak kaki ke atas dan picit2 sikit bahagian betis. Alhamdulillah kurang rasa sakit. Terlelap semula. 2 jam kemudian, kejadian yang sama berulang kembali, tapi kali ni kaki kiri pula. Buat langkah yang sama.

Bangkit dari katil, terus ambil buku panduan dan baca faktor2 penyebab berlaku kejadian tu; i.e. malam yang sejuk, banyak berdiri atau duduk di sepanjang hari dan kurang kalsium. Mmm...sepanjang minggu yang lalu, aku bercuti, travel jauh beribu kilometer, dengan kereta. Kuala Terengganu - Gambang - Temerloh - Alor Star - Temerloh - Jengka - Kuala Terengganu. Memang lenguh betul kaki ni. Naik bengkak dah pon sikit. Mungkin itu faktor utama. Ditambah pula malam tu entah macamana aku boleh mandi betul2 sebelum tidur, kul 11mlm. Konon2 takut tak lena tidur, sekali jadi mende lain pulak. Pasal kalsium tak taulah pulak. Aku minum je susu ANMUM, tapi mungkin masih tak cukup lagi kot.

Aku mengambil pengajaran daripada kejadian malam tu dan tak buat perkara2 yang boleh buat aku kejang lagi pada malam2 seterusnya. Alhamdulillah ia belum berulang lagi dan harap2nya tak akan berulang.

No comments:

Post a Comment