Ahad, 11 Julai 2021.
Mawaddah : Ibu, tak boleh lah print terus dari telefon ni. Kalau nak print dari komputer ibu, nak hantar kat Whatsapp ayah ke?
Ibu : Eh! Mana boleh. Nanti ayah tahu lah. Meh sini ibu tengok.
Ibu save fail tersebut dalam Google drive dalam telefon dan buka pula di komputer, download dan print.
Ibu : Tapi ink merah kita dah habis tau. Nanti jadi kaler lain.
Hamdi : Tak apalah ibu. Boleh je.
Printing.
Ibu: Wah! Cantik juga warna ni.
Mawaddah dan Hamdi : Terima kasih ibu.
Bila Ayah balik dari hantar Madihah dan Mardhiah ke rumah Cik Ain, Mawaddah, Hamdi dan Hadif pun datang ucap Happy Anniversary buat Ibu dan Ayah sambil berikan kad yang mereka buat diam2 malamnya, masa ibu dan ayah dah masuk tidur.
Ini pula hadiah untuk Ayah yang meminta2, katanya nak bawa ibu gi masjid. Hamdi kata duit dia tak cukup lagi. Nanti bila dah besar, dia belikan. Buat masa ni, dia bagi gambar je. Haha... layankan jelah Ayah kamu tu. Ngade2. Takde maknanya ibu nak bagi kamu belikan Ayah motor gitu.
Petangnya, ayah kamu nampak tak keruan. Dok tanya, kita nak beli kek tak? Nak beli kek apa? Nak beli kat mana? Rasa nak makan kek. Ibu pun tengoklah resepi di internet. Macam biasalah cari yang guna sukatan cawan, senang. Jumpa resepi Cikgu Ina. Tengok bahan semua ada, terus bawa keluar mixer. Ayah kata tak payah buatlah, dah petang. Tak rasa nak makan dah pun. Tapi ibu buat tatau je, terus sediakan bahan. Kakak dengan segera datang dan bantu ibu. Kakak memang berniat nak buatkan ibu ayah kek, tapi tepung premix kek coklat Acik Vera dah habis, ibu tak topup stok, jadi kakak tak tahu nak buat kek lain. Nak beli pun, tak tahu nak beli kat mana dan macamana. Hehe. Bagus kakak ni, ada niat tu pun ibu dah rasa terharu.
Masalah bila buat kek ni, satu jelah, oven. Dah lama juga ia buat perangai. Asyik terpadam. Jadinya kena sentiasa duduk depan oven, switch on bila ia off. Teet...toot...teet...toot... Kerapnya on off tu sampai tiba2 black out. Erk! Jengg.. habislah tak masak kek ibu. Lepas ayah angkat balik suis yang tendang tu, alhamdulillah oven masih boleh on dan tak padam2 dah. Syukur, maka dapatlah kami menikmati kek mentega tabur coklat urai sempena malam ulangtahun pernikahan Ibu yang comel dan Ayah yang kacak lagi bergaya kesayangan anak2 semua.
Bagus anak2 bagi kerjasama; Kakak ambil gambar, Hamdi kepung Mardhiah yang nak menyelit celah ibu ayah. Lepas dah pose berdua, kita ambil gambar ramai2 pula. Anak2 inilah anugerah dan amanah Allah buat ibu ayah atas pernikahan tersebut. Syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberikan ini. Tengok, bukan senang nak dapat gambar keluarga sebaik ini. Good job everyone!
Hari ini, 12 Julai adalah tarikh majlis walimah dan persandingan ibu ayah. Ibu hadiahkan ayah sambal tempoyak cili dengan petai dan ikan bilis. Elok pula kakak masak nasi lembik. Dengan ikan kembung goreng panas2, ayah makan lebih separuh periuk, lepas tu terbongkang tidur. Haha... sorok jelah penimbang bawah katil pasni.
OKlah, sekian sahaja kisah kita sempena hari bahagia ibu ayah. Semoga keluarga kita beroleh sakinah, mawaddah dan rahmah daripada Allah dan dapat membawa kita semua bersama2 ke syurgaNya kelak tanpa hisab.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada Bayan Linnas Siri 121 Pejabat Mufti Wilayah:
Muridku, ketahuilah perkara pertama dalam perkahwinan iaitu pembetulan niat, iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Antara tujuan murni ini ialah :
- Mengikut sunnah Rasulullah SAW.
- Mendapatkan zuriat solehah.
- Memelihara maruah diri.
- Mencari sakinah (ketenangan jiwa).
- Memperoleh rahmah.
- Menghasilkan mawaddah (cinta dan kasih sayang).
Inilah sebahagian cita-cita dan tujuan perkahwinan itu sendiri, benarlah firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.
(Surah Al-Rum: 21)
No comments:
Post a Comment