Thursday, July 13, 2023

Budak Asrama

Dulu, dia selalu duduk terperosok di sofa, baca buku BUDI SMSS ibu. Dari Darjah 5, dia konsisten kata nak masuk asrama juga, macam ibu ayah. Ayah kata tak payah, masuk ADHA je, boleh naik van sama dengan kakak2, anak jiran depan (Humaira dan Hadhirah). Nanti Kakak boleh terus tolong masak nasi dan air kat rumah. Tapi, dia nak juga. 

Jadi masa permohonan dibuka utk pelbagai sekolah, ayah pun mulalah memohon. Kata ayah, dah alang2 mohon, pilih yang terbaik terus. Kami tak tahu apa yang terbaik buatnya, jadi kami buka peluang utk dia. Kalau rezeki dia kat sekolah2 berkenaan, dapatlah. Kalau tak dapat, pastilah yang terbaik buat dia di tempat lain. 

Alhamdulillah, Kakak diterima masuk ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang, bawah program Tahfiz Mandarin pada 19 Mac 2023, dan mendaftar pada minggu hadapannya 26 Mac 2023. Ibu dan ayah rasa sangat berdebar dalam membantu Kakak buat keputusan, sebab kami tahu beratnya beban yang Kakak akan galas dalam pembelajaran di sekolah tu. Tapi pesanan Ustazah yang temuduga Kakak untuk masuk sekolah ni dulu sentiasa segar dalam ingatan, "Kalau awak dapat tawaran, terimalah. Allah dah pilih awak!" 

Ya, Kakak bukanlah yang terbaik (dalam ujian dan temuduga tersebut) tapi Kakak dah dipilih untuk masuk ke sekolah tu. Pasti ada hikmahnya. Pembelajaran dan kehidupan di situ akan menjadi satu proses latihan sebagai persediaan cabaran masa depan Kakak yang hanya Allah tahu. It is indeed not easy at all, but it is possible. Moga Kakak berjaya.

Ibu and Ayah are always love and proud of you.

No comments:

Post a Comment