.jpeg)
Blog ini merupakan catatan kehidupan kami sekeluarga sebagai kenangan, khususnya buat anak-anak, di masa hadapan.
The last time we went to Ipoh by using this route; Kuala Nerus-Felda Aring-Gua Musang-Simpang Pulai-Gerbang Meru Indah, was long time ago. Probably when Hadif was 2 years old. I couldn't remember anything about that pekan we passed by.
This time we had to stop there for solat and a short break before continue our journey to Ipoh. To my surprise, the mosque is big and beautiful, toilet is clean, well maintained. There are also many free seatings in its compound and 4 roomstay to rent for those in need of it. This mosque seems to be ready at any time to facilitate travellers like us. No wonder that the average monthly donation for the mosque is approximately RM50K. That is WOW!!
Thanks to all the donators and also the management of the mosque for making use of the donation wisely and make the mosque a pleasant short break for us all. InsyaAllah we will come again.
Ahad depan, Adik tak perlu pergi rumah Cik Ain, sebab kita semua nak pergi Ipoh. Abang Hannan, anak sulong Mak Ngah Hassnah nak nikah pada tarikh tu di Bagan Serai.
Kebetulan Kakak dapat kebenaran balik hujung minggu ni, terpaksalah ibu buat surat permohonan cuti utk 4 anak. Takpelah, bukan selalu. Ni anak buah ibu yang pertama nikah.
Malam tadi, sambil2 lipat baju, ayah dan anak2 sibuk tengok YouTube, cari tempat makan yang menarik di Ipoh. Semangat! Tapi kejap sangat pergi, tak tahu sempat ke tak nak singgah. Kita cubalah, chaiyok!
Adik had recently refused to go to her Nanny's house. She preferred staying at home. Kebetulan shift kerja ayah bertukar daripada Off dan Rest Day pada Ahad dan Isnin (2 hari) kepada Ahad hingga Selasa (3 hari). Makanya kalau sebelum ni Adik pergi rumah Cik Ain 3 hari seminggu, sekarang dah jadi 2 hari sahaja. Semakin kurang kerap hantar, semakin beratlah Adik nak pergi. Biasanya kami akan kalut-kalut hantar awal pagi masa dia masih tidur, supaya tak perlu nak layan ragamnya.
Pagi ni, sedang ibu bersiap, tiba2 kedengaran ketek ketek tapak kaki melangkah. Alala..dah bangunlah pulak. Ayah dah pergi kerja awal lagi. Ibu tanya, hari ni Adik pergi rumah Cik Ain ya? Main dengan baby Cik Ain. Adik angguk. Allahu! Leganya rasa. Lepas suruh ke tandas, gosok gigi, kami pun keluar. Ibu terfikir, nak reward Adik sikitlah pagi ni sebab baik sangat.
Adik: Ibu nak naik motor ayah punya?Ibu: Ya.
Adik terus panjat duduk di belakang ibu. Letak Bebear Merah di antara kami. Peluk ibu.
Ibu: Adik duduk depanlah.
Adik: Tak nak. Nak duduk bakang.
Ibu: Ibu letak dalam bakul ya (Bebear). Bahaya, takut Adik jatuh.
Adik terus mengesot lebih rapat dengan ibu dan peluk lagi.
Ibu: OK, kita gerak ya. Adik peluk ibu. Jangan senget2.
Adik: Ote.
Seketika kemudian, dengan kelajuan 20km/j.
Adik: Ibu, laju lagi Ibu, laju lagi.
Ibu: Tak boleh lah, bahaya. Dengan ayah boleh bawa laju. Ha.. dah sampai. (200m je jarak)
Adik turun motor dan terus jalan masuk rumah Cik Ain.
Pejam celik, dah 2 tahun berlalu selepas post Ulangtahun yang ke-12.
Tarikh ini datang lagi. Tapi kali ni kami kurang ahli, dia dah duduk asrama. Selalunya dialah yang paling ingat dan usahakan sambutan.
Semoga Allah panjangkan jodoh ibu ayah, berkati dan kumpulkan kita sekeluarga dalam kebaikan sentiasa.
Minggu lepas, ibu ambil peluang brisk walk di Taman Tasik Kuala Nerus dengan Ayah dan Adik. Selama ini, kalau ke taman tu, kami naik menara, lalu jambatan, guna alat senaman atau tersangkut kat playground je. Kali ni, kami nak pusing satu taman.
Tiba2, eh! Ada basketball court? Berpagar tapi tak kunci pun. Girangnya rasa hati ibu. Lama dah ibu berangan nak beli tiang papan jaringan dengan keranjang (basket) utk main di rumah; tapi mahal pula untuk review yang tak berapa meyakinkan.
Jadi ayah pun carilah bola tu utk ibu di kedai2 sekitar kuala nerus. Takdop. Kena pergi bandar. Bercintanya rasa.
Kelmarin, Sabtu, ibu ambil Hamdi dari latihan bola Kelab Young Titans di Stadium Gong Badak dengan Hadif, Madihah dan Mardhiah. Biasanya ayah ambil, tapi ayah ada kelas online pula, tak dapat nak tunggu pkl10 pagi.
Dah terlanjur ibu sampai stadium, teruslah minta izin ayah untuk ke bandar, pergi kedai sukan ARENA. Alhamdulillah dapat sebiji bola keranjang indoor/outdoor saiz 6, harga RM63. Bereh.
Adik manis kat kaunter kata kalau ada masalah, bawa balik ke kedai dengan resit, dalam masa 2 hari. Apa lagi, malam tu juga, lepas maghrib, kami gegar basketball court kat taman. Terbaiklah Molten!