Tuesday, March 16, 2010

Baju ibu dan baju baby

Baju ibu: Sekotak plastik beroda warna kuning. Pakaian harian Ude ke pejabat selama 4 kali mengandung. Hampir kesemuanya jenis maxi. Pelbagai corak dan warna. Tak muat beg, cuma dapat bawa balik 9 helai je. Nanti abang bawa kemudian pula.

Baju baby: Dinasihatkan oleh mak dan kakak-kakak untuk bawa serba sedikit sebagai persediaan untuk kes kecemasan. Bawa balik beberapa helai kain bedung, barut, baju, seluar, topi, sarung kaki dan sarung tangan. Semua barang ni bukanlah baru. Dah digunakan pun oleh anak2 buah aku yang sebelum ni. Kami 'pass' kotak2 barang tu antara adik beradik. Maklumlah, baju untuk baby yang baru lahir ni kejap sangat dipakai, sebeb tumbesaran mereka yang sangat cepat. Jadi tak berbaloi kalau nak beli banyak baju baru sendiri. Cukuplah beli beberapa helai nanti untuk baby pakai masa nak bawa keluar rumah.

Tiap kali melihat dan memegang baju2 kecil tu, hati ini rasa tak menentu. Gembira, terharu, berdebar, tak sabar, sayu, takut, gementar dan banyak lagi rasa yang tak dapat digambarkan bercampur baur di dalam. Anak ini semakin kuat pula gerakannya kini, seakan dah tak sabar nak melihat dunia. Ibu pun sebenarnya dah tak sabar nak jumpa kamu. Semoga Allah permudahkan saki baki tempoh kehamilan ibu dan proses kelahiran kamu nanti. Ibu juga berdoa agar ayah dapat bersama2 kita di saat itu agar dapat menambah semangat kita berdua untuk berjuang. Bantu ibu ye sayang.

No comments:

Post a Comment