Hari ni dah 5 Ramadhan. Kakak tak cuba berpuasa pun lagi. Ayah kata Kakak kena pastikan solat cukup 5 kali sehari baru puasa. Tak nak Kakak penat2 puasa tapi tak solat. Hamdi pula malam ni dapat ikut Ayah terawikh di masjid; 2 malam berturut2.
Eh! Cepatnya Abang balik?
Dia buat perangai pulak. Masuk dalam kain!
Haha..
Blog ini merupakan catatan kehidupan kami sekeluarga sebagai kenangan, khususnya buat anak-anak, di masa hadapan.
Monday, June 22, 2015
Sunday, March 15, 2015
Abdullah Hadif Bin Mahaidi
Gambar pertama Hadif, di wad kanak-kanak HSNZ.
EDD ibu untuk kelahiran ke-3 ini adalah pada 11 Nov 2013. Tarikh yang agak cantik. Oleh sebab Hamdi lahir awal 2 minggu, jadi kali ni ibu ambik cuti bersalin lebih awal. Nak berehat-rehat di rumah konon-kononnya. Dah rancang nak masak-masak dan ajak Cikni, Cik Siti dan Cik Noor makan tengahari di rumah. Rupanya tak sempat sekali pon. (",)
Abdullah Hadif lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 5.30 pagi, 8 November 2013 dengan berat 3.45 kg. Alhamdulillah cukup semua sifat. Hidung kembang, tapi nampak tinggi sikitlah batangya kalau dibanding dengan yang lain. Keturunan ibu, tak boleh lari. Hehe. Selepas disusukan, Hadif dihantar ke wad kanak-kanak untuk rawatan susulan. Kenapa? Nanti cerita lain.
Pengalaman bersalin kali ni, sakit sangat! Err... 2 kali yang sebelum pun sakit juga, Haha. Biasalah sakit bersalin. Mana mungkin tak sakit bila seketul objek dengan diameter ?? cm (x ingat) nak keluar dari lubang yang sempit.
Masa Mawaddah, dia post-date. Ibu kena masukkan ubat 2 biji untuk cetus dan galakkan kontraksi, supaya Kakak boleh keluar melalui laluan normal. Sakit sangat yang panjang buat ibu tak cukup kuat masa meneran, Kakak asyik tersedut masuk semula ke dalam. Lambat sikit Kakak menangis bila keluar. Ibu kena marah dengan nurse sebab nampak gave up masa meneran tu. Ibu dah penat, rasa nak tido.
Hamdi pula, banyak kali juga ibu meneran. Keluar masuk juga. Ibu dah bersedia dan bertenaga, cuma tak pandai nak meneran. Bila keluar, Hamdi kena masuk wad kanak-kanak terus sebab jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa. Leher dia terbelit tali pusat sikit juga rasanya.
Kelahiran Hadif pula, testimoni Ayah, penyokong setia ibu di setiap kelahiran, adalah yang terbaik. Ibu teran tak banyak kali. Ibu pandai 'curi nafas' kali ni. Nak cerita pun tak tau macamana buat. Tak pernah praktis, tiba-tiba jadi masa tu. Alhamdulillah. Masa tu cuma ingat nak keluarkan bayi cepat. Tak nak jadi apa-apa komplikasi pada dia disebabkan ibu tak berjuang sekuatnya untuk keluarkan dia. Dalam dok curi nafas tu, terangkat sikit punggung, 'krakkkk..' terdengar bunyi koyakan di bawah. Tak apa lah, ibu teruskan juga teran sampai Hadif keluar. Lega rasa. Tapi lepas tu tak habis takbir tiap kali jarum masuk keluar masa nurse jahit luka; sakit yang lebih sakit daripada bersalin!
I love you sayang.
Saturday, March 14, 2015
Tidur dan mandi
Mandi adalah perkara yg disukai oleh mereka bertiga. Boleh duduk berjam-jam dalam bilik air tapi kepala tak basah pun. Kalau air yang mencurah-curah masuk ke longkang tu boleh terus bersihkan apa sahaja yang dilaluinya, mesti berkilat longkang kita.
Bila disuruh mandi, biasanya:
NMW: Baiklah ibu. Kakak mandi sekarang.
AHM: Eh! Amir dah mandi lah tadi. Cikgu siram.
AHD: (Tak payah suruh-suruh. Bila abang kakak masuk bilik air, terus angkat baju, sendiri masuk bilik air dan buka paip)
Tidur malam pula paling tak seronok. Hampir setiap hari bergaduh bila nak suruh tidur.
Antara dialog bila disuruh tidur:
NMW: Kakak tak boleh tidurlah. Ibu/ayah tepuklah kakak.
AHM: Amir nk tinge (telinga) ayah jugak!
AHD: Aatekkk...

Masa berlalu
Kali terakhir blog ini ditulis, Hamdi baru berusia 39 hari.
Hari ini anak ke-2 ibu itu dah 3 tahun 7 hari. Kakak Nur Mawaddah dah nak masuk 5 tahun Jun ini. Oh ya! Kami dah ada anak ke-3, Abdullah Hadif namanya. Bukan baru lahir. Dah 1 tahun 4 bulan 6 hari pun.
Hadif (kiri) yang kuat mengusik menepuk air dalam bekas supaya terpercik ke muka abangnya Hamdi.
Bercita-cita nak buat jurnal keluarga untuk ingatan anak-anak khususnya bila besar nanti, tapi tak tertulis-tulis dalam buku yang dah sedia. Mungkin kami boleh cuba mula menulis di sini. (",)
Saturday, April 14, 2012
39
Pejam celik, rupanya hari ni dah hari ke-39 aku bersalin. Bermakna tempoh pantang 44 hari aku cuma berbaki 5 hari sahaja lagi. Cuti bersalin pon cuma ambil 60 hari je gara2 nak jimat cuti untuk kuota cuti 4 anak yang seterusnya (insyaAllah). 6 Mei ni dah kena mula masuk kerja.
Sedih pula rasa memikirkan nak hantar Hamdi ke rumah pengasuh setiap hari. Masa Mawaddah dulu macam ni juga, lebih lagi rasanya, sebab tak tahu tahap penjagaan di taska/rumah pengasuh dia. Rasa sedih campur risau sangat. Kali ni cuma sedih nak berpisah je. Tentang penjagaan tak risau sangat sebab dia akan dijaga oleh Wan juga, pengasuh Kakak. Ada lah sikit2 yang tak puas hati, tapi kat manalah kita nak dapat yang terbaik selain daripada sendiri berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak sendiri, tak gitu? Hehe.
Nak tambah cuti lah lepas habis cuti ni, guna cuti rehat, seminggu je. I like (",)

Kembali bekerja
Kembali ke KGPJ setelah berehat 10 hari di rumah Melaka menandakan tamatnya cuti bersalin tidak rasmiku kali ini. Walaupun kuliahku telah diambilalih oleh pensyarah sementara, tapi pelajar2 Sarjana dan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) masih lagi di bawah tanggungjawabku semester ini.
Bermula kelmarin, perjumpaan pelajar Sarjana diadakan, sehari seorang. Ada 3 orang pelajar, jadi 3 harilah; Khamis, Jumaat, Sabtu. Oleh sebab masih lagi dalam pantang, jadi perjumpaannya haruslah di rumah. Jadi, ruang tamu kami kini bertukar menjadi pejabat, setiap petang, antara pukul 3 hingga 7.
Seterusnya perjumpaan dengan pelajar PITA pula akan dimulakan. Tak banyak masa yang tinggal sebelum tarikh penghantaran Laporan Akhir mereka. Lebih kurang 7 minggu je lagi. We really need to catch up. There are 8 students under my supervision which means that I have to work on 8 different projects. But fortunately I had grouped them into 2 similar areas which I supposed reduces my burden this semester.
Kembali bekerja selepas sebulan lebih bercuti, semoga Allah permudahkan aku menjalankan amanahNya ini, amin.

Wednesday, April 4, 2012
PERISTIWA BERDARAH
Aku bertungku di atas katil. Adik Hamdi lena di sisi selepas menyusu. Kakak makan kuih lapis yang Atuk beli di pekan. Tak habis lagi, tapi dia dah ikut Atuk dan Busu Akim ke dapur pula.
Tiba2 Kakak datang ke sisi aku dan berkata, “Ibu, darah.”sambil tunjuk kedua2 tangannya. Terkejut, tapi aku cuba bawa bertenang. Aku belek tangan Kakak. Nampak comot. Memang betul ada sesuatu berwarna merah yang melumuri. Banyak. Betul ke darah atau pewarna kuih?
Aku pimpin dia ke dapur, sambil beritahu Emak. Aku basuh tangannya. Memang betul darah. Jelas kesan luka di jari ibu kanannya. Satu di sisi luar jari, seperti dihiris objek tajam, luka di bawah kulit. Satu lagi di sisi sebelah dalam. Kulitnya tanggal, meninggalkan luka yang agak dalam, yang tidak mudah untuk dihentikan pendarahannya. “Siapa buat Kakak?” tanyaku. “Kucing tu.” Katanya sambil menunjuk pada kucing hitam yang sedang enak bergulung di bawah buaian.
Aku bawa Kakak ke depan semula, minta dia baring di atas riba. Aku sapu minyak gamat pada lukanya dan tutup dengan handyplast. Adik menangis minta susu. Aku ajak Kakak baring bersama. Tidak sampai seminit, dia terus terlena.
Di rumah kampung ni memang ada 3 ekor kucing; 1 hitam dan 2 kelabu. Kata Emak, yang hitam garang sikit, lebih agresif banding yang lain. Sejak balik, Mawaddah memang suka main dengan kucing2 ni. Tapi tidak berapa kena caranya. Dia kejar kucing2 tu, tangkap, tarik ekor dan angkat ke sana sini. Tapi masalahnya dia bukan angkat badan, tapi angkat bulu kucing tu. Memanglah sakit. Puas tegur dan marah, dia buat lagi. Kucing2 tu pun macam sabar je. Biar je diri diperlakukan sebegitu kalau dah tertangkap.
Tapi mungkin pagi ni Kakak tidak bernasib baik lagi. Ganggu kucing hitam yang sedang berehat meninggalkan tanda berdarah di jari. Sedikit pun dia tidak merengek, apatah lagi menangis. Kakak kuat! Cuma dia kelihatan sedikit keliru. Mungkin dia tak faham apa yang dah berlaku. Mungkin juga kuku kucing tu sangat tajam sampai tak rasa sakit masa dicakar.
Tak siapa nampak apa yang sebenarnya berlaku. Aku tak ada dengar kucing mengiau marah walau tak berapa jauh pun duduknya kucing tu dengan katil tempat aku bertungku. Hanya Kakak yang tahu dan juga Allah pastinya. Apa pun, aku rasa Kakak belajar sesuatu pagi ni; jangan kacau kucing berehat. Tapi tak taulah dia serik ke tak. Kita tengoklah bila dia bangun tidur nanti. Hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)