Sunday, March 15, 2015

Abdullah Hadif Bin Mahaidi

Gambar pertama Hadif, di wad kanak-kanak HSNZ.

EDD ibu untuk kelahiran ke-3 ini adalah pada 11 Nov 2013. Tarikh yang agak cantik. Oleh sebab Hamdi lahir awal 2 minggu, jadi kali ni ibu ambik cuti bersalin lebih awal. Nak berehat-rehat di rumah konon-kononnya. Dah rancang nak masak-masak dan ajak Cikni, Cik Siti dan Cik Noor makan tengahari di rumah. Rupanya tak sempat sekali pon. (",)

Abdullah Hadif lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 5.30 pagi, 8 November 2013 dengan berat 3.45 kg. Alhamdulillah cukup semua sifat. Hidung kembang, tapi nampak tinggi sikitlah batangya kalau dibanding dengan yang lain. Keturunan ibu, tak boleh lari. Hehe. Selepas disusukan, Hadif dihantar ke wad kanak-kanak untuk rawatan susulan. Kenapa? Nanti cerita lain.

Pengalaman bersalin kali ni, sakit sangat! Err... 2 kali yang sebelum pun sakit juga, Haha. Biasalah sakit bersalin. Mana mungkin tak sakit bila seketul objek dengan diameter ?? cm (x ingat) nak keluar dari lubang yang sempit.

Masa Mawaddah, dia post-date. Ibu kena masukkan ubat 2 biji untuk cetus dan galakkan kontraksi, supaya Kakak boleh keluar melalui laluan normal. Sakit sangat yang panjang buat ibu tak cukup kuat masa meneran, Kakak asyik tersedut masuk semula ke dalam. Lambat sikit Kakak menangis bila keluar. Ibu kena marah dengan nurse sebab nampak gave up masa meneran tu. Ibu dah penat, rasa nak tido.

Hamdi pula, banyak kali juga ibu meneran. Keluar masuk juga. Ibu dah bersedia dan bertenaga, cuma tak pandai nak meneran. Bila keluar, Hamdi kena masuk wad kanak-kanak terus sebab jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa. Leher dia terbelit tali pusat sikit juga rasanya.

Kelahiran Hadif pula, testimoni Ayah, penyokong setia ibu di setiap kelahiran, adalah yang terbaik. Ibu teran tak banyak kali. Ibu pandai 'curi nafas' kali ni. Nak cerita pun tak tau macamana buat. Tak pernah praktis, tiba-tiba jadi masa tu. Alhamdulillah. Masa tu cuma ingat nak keluarkan bayi cepat. Tak nak jadi apa-apa komplikasi pada dia disebabkan ibu tak berjuang sekuatnya untuk keluarkan dia. Dalam dok curi nafas tu, terangkat sikit punggung, 'krakkkk..' terdengar bunyi koyakan di bawah. Tak apa lah, ibu teruskan juga teran sampai Hadif keluar. Lega rasa. Tapi lepas tu tak habis takbir tiap kali jarum masuk keluar masa nurse jahit luka; sakit yang lebih sakit daripada bersalin!        

I love you sayang.

No comments:

Post a Comment