Sesi persekolahan bermula 11 Januari tahun ni. Maka bermulalah rutin kesibukan waktu pagi ibu ayah; siapkan sarapan, bekal, hantar semua ke sekolah/tabika. Tahun ni Adik bersemangat nak pergi sekolah, jadi dia mudah bangun bila Achik kejut, terus mandi dan bersiap. Tak meragam.
Mawaddah dan Hadif belum mula sekolah lagi, jadi pagi tu, semua orang ikut ayah pusing keliling. Mula dengan Achik kat pagar utama (sebab nak dapat hadiah stationary sbb datang awal hari pertama), pastu ke SParK dan akhirnya ke Tabika Adik.
Achik kat pagar depan sekolah. Subuh lambat, gelap lagi dah sampai sekolah.
Abang keluar kereta, laju je jalan, nak salam cikgu2 lelaki.
Adik tak perlu dihantar sampai pintu, dah thn kedua sekolah tabika.
Pandai je Adik bawa diri; buka kasut dan simpan di rak. Cikgu baru adik nama Nadhirah (Cg Iera).
Selasa, 13 Januari baru lah Kakak dan Hadif pergi daftar di SMKA Dato' Haji Abbas. Semua yang masuk SBP, MRSM dan SMKA dijadualkan daftar tarikh ni di seluruh Malaysia.
Sebelum melangkah masuk. Bismillah.
Menuju ke dewan untuk pendaftaran.
Lepas dengar ucapan dan taklimat, barulah daftar. Hadif dan ayah beratur daftar di kelas Al-Saff (angka giliran 4), kemudian mendaftar utk ujian kelas DLP (selainnya ada pilihan kelas Furqan dan ASK, atau aliran biasa). Kakak pula seterusnya mendaftar di tepi dewan untuk kelas Tingkatan 4. Hanya 6 murid baharu sahaja terpilih, semua masuk kelas Sains Tulen (STEM A). Kakak nak kelas DLP, jadi Cikgu Nabilah masukkan kelas Al-Ikhlas. Kakak Pengawas nama Jannah (F5) layan kami dan tunjuk arah.
Kakak tengah daftar.
Oleh sebab barisan panjang sangat nak beli barang kat koop, kita decide utk beli buku esoknya je, seperti cadangan Cikgu Nabilah awalnya. Jadi sebelum ibu ayah tinggalkan Kakak dan Hadif untuk aktiviti suai kenal hari pertama, kita ambil satu gambar semua kat tengah dataran sekolah.
Gambar kenangan hari perndaftaran ADHA.
Sempena minggu pertama persekolahan tahun ni, SK Tanjung Gelam ada beberapa aktiviti yang mengalu-alukan penyertaan ibu bapa. Ibu yang Exco Akademik PIBG ni mestilah lebih2 lagi kena datang. Sempatlah ibu join Senamrobik dan persembahan tarian dan nyanyian sambil-sambil meraikan lawatan Nazir sekolah pada Isnin, Senamrobik dan Sukaneka pada Rabu dan akhirnya Ceramah Israk Mikraj pada Khamis. Selasa je ibu tak join sebab pergi daftar Kakak dan Abang Kecik. Dapatlah jumpa Kak Chik yang dah naik tahap 2 tahun ni. Tinggal sorang2 je dia, tahun depan baru Adik join sekolah sama.
Ibu bersama Kak Chik comey.
Semalam (Jumaat) hari last Ibu mengajar kelas sarjana, MTS5054 Pemodelan Stokastik dalam Oceanografi Fizikal. Ada 7 orang pelajar perempuan je; Dina, Arina, Ain, Dania, Nelly, Dayang dan Aida. Semua alumni program Matematik Kewangan UMT, ex-student ibu sendiri. Kelas pada hari Jumaat, 3-7 petang. Tak boleh ejas ke tengah minggu sebab ada 2 orang yang kerja. Pelajar ibu kena bentang tugasan yang diberi kat Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi, sekali charger laptop ibu tertinggal pulak atas meja Ayah. Syukur ada rescue team yang sedia berkhidmat. Terima kasih Ayah dan Adik!
Hadoilah! Topi keledar dewasa sarung kat Adik. Asal pakai namanya. Haha.
No comments:
Post a Comment