Tuesday, March 9, 2021

Penentuan Harga

Dalam kuliah, ibu mengajar topik yang berkenaan dengan penentuan harga terbitan kewangan.

Semalam, Hadif tiba-tiba datang dekat ibu.

Hadif: Ibu, malam ni Hadif nak bayar RM3 dekat ibu.
Ibu: Kenapa pula?
Hadif: Sebab ibu dah letak pasword dekat telefon ibu. Sebelum ni, kena bayar RM1 kalau nak main game di telefon ibu, tambah RM1 untuk main game online. Jadi Hadif bayar lagi RM1 untuk ibu bukakan password. Lepas tu bolehlah Hadif main 1 jam.
Ibu: Oh! Macam tu ke? Siapa yang tetapkan harga ni? Dah cakap dengan ayah?
Hadif: Hadif sendiri lah. Dah cakap dengan ayah, tapi ayah tak kata apa2 pun.
Ibu: OK, macam tu. Tapi ibu tak nak bagi Hadif main game malam ni, walaupun Hadif nak bayar. Nanti kita bincang lagi ya.
Hadif: Muka sedih.

Belum belajar tapi dah pandai buat penentuan harga. Guna model apa pun, tak taulah. Yang pasti, sel-sel  otaknya berhubung. I like. (",)  





Friday, March 5, 2021

Yakult

Ibu, hari tu kan ibu kata nak belikan kita Yakult hari2?

Oh! Yalah. Ibu lupa.

Diha pun tak tahulah, tapi Allah bagi Diha ingat semua benda. 

(",) 

Maher Zain

Last year, I bought a small radio, which has a memory card. It  plays Quran recitations, ceramah agama and nasyid songs as well. 

Tekan sahaja butang 540, akan terus kedengaran lagu Maher Zain. Mawaddah akan menyanyi bersama. Madihah turut sama, walau pelat dan lirik tidak lengkap. Si kecil Mardhiah tak kurang; goyang badan kiri ke kanan ke kiri, ada masa terhangguk2, mengikut kesesuaian lagu. 

Senyum. Terhibur seketika hati ibu yang kepalanya sarat dengan kerja yang tidak pernah habis. 


"Maka nikmat Allah yang mana lagikah yang kau dustakan." (Ar-Rahman:13)


Terima kasih Allah.

Monday, February 1, 2021

Pembelian dari IKEA

Akhirnya selepas beberapa bulan tersimpan dalam cart, akhirnya ibu tempah juga kuali non-stick dari IKEA. Nak buat pancake senang. Bukan ibu, tapi Kakak dan Abang Ngah lah. Hehe. Guna sorang satu kuali, sorang satu tungku, cepat siap, dapat makan panas2. Nyammm...

Rezeki pula bila tiba2 masa ni ada promosi kos pos dikurangkan daripada RM25 kepada RM10, Alhamdulillah. Kite test seround dulu, kalau cekap dan elok penghantarannya, boleh beli lagi apa-apa yang perlu.

Tapi dah alang2 menempah tu, ibu beli juga ampaian baju boleh laras. Kena drill dinding. Ibu nak letak kat ruang keluarga satu untuk sangkut tuala basah dan satu lagi dalam bilik ibu. Sekarang ni pakai yang berkaki, jadi habuk terperangkap kat situ. 

Ada juga sesekali berlaku runtuhan bila ada yang kelam kabut tarik tuala, tertarik sekali ampaiannya. Ha! kan dah jadi kerja nak angkat dan gantung balik tuala satu2. Siapa yang pernah kena, sila angkat tangan. Haha. Nasib kamu baik ibu tolong, nasib kurang baik kena marah pula lagi.

Hari ni, dah sampai kotaknya, penghantaran oleh Poslaju; 25 Januari - 12.44 tghr tempah, 1 Februari,3.30 ptg sampai rumah. OK lah sebab barang baru di'pick-up' dari IKEA pada 29 Januari. Kiranya 4 hari dah boleh sampai. 

Apa lagi nak beli ye? 

Sunday, January 31, 2021

Peristiwa berdarah di Subuh hari

Tup! Bok! Huwaaaaaaaaa....


Serentak dengan takbir "Allahu akhbar!' dari mulut ayah, berlari ibu masuk ke dalam bilik. Ayah tengah dokong adik sambil cuba lihat kalau ada luka di mana2.  Baby Chomender jatuh katil!


Ibu terus ambil, pujuk dan cuba susukan. Baby masih terus menangis kuat. Tiba2 ternampak warna merah di mulutnya. Terus ayah ambil sapu tangan dan lap darah tersebut. Gusi/bibir sebelah dalam baby berdarah. Belek2, nampaknya hanya bahagian itu sahaja yang terkesan. Bibir atas kanan menjadi sedikit bengkak. Juga bahagian antara bibir dan hidung ada kesan merah. Mungkin bahagian itu yang pertama terhantuk dengan lantai. Bila dah tenang sikit, baby mula menyusu dan alhmdulillah boleh bermain terus lepas tu dengan abang2/ dan kakak2.


Ini kali pertama Mardhiah jatuh katil. Dah umur 10 bulan. Tidur lasak sangat pun, asyik beralih tempat. Sementara nak besar, gitulah. 


Moga Allah terus lindungi adik, amin.

 

Wednesday, January 27, 2021

Madihah datang lagi

Madihah : Ibu dah siap kerja ke belum?

Ibu : Belum sayang. Kenapa?

Madihah : Diha nak main dengan ibu.

Ibu : Ajak lah ayah main.

Madihah : Ayah tengok tv. Diha nak main kat luar. 

Ibu : Belum redup lagi sayang. Ibu siapkan kerja dulu. Kejap lagi kita main ya. Jemput baby, lepas tu kita main lari2 macam semalam.

Madihah : Senyum dan berlari keluar bilik.


Anak2 mahukan perhatian daripada ibu yang tengah sibuk buat kerja; daripada yang kecil sampailah yang paling besar Si Kak Long pun. Bukan ayah tak layan, tapi anak2 memang nak ibu juga turut layan mereka. Itulah anak2.

Ibu siapkan tugasan2 sedia ada ni dulu, moga Allah lapang dan permudahkan. Insyaallah ibu akan usahakan seterusnya untuk bahagi masa dengan lebih baik lagi tahun 2021 ini supaya dapat berikan lebih perhatian pada anak2, walaupun masih terus bekerja sepenuh masa.   


Kacak

 Tiba-tiba Madihah berlari datang dan bercakap dengan suara pelat manjanya.


Madihah : Ibu, ibu kawin dengan ayah sebab ayah kacak ke?

Ibu : Errr.. ibu kawin dengan ayah sebab ayah baik. Nanti Kak Chik bila besar, cari lelaki yang soleh ya untuk jadi suami.

Madihah : Tapi Diha budak lagi.

Ibu : Yelah, bila Kak Chik besar nantilah.


Madihah berlari keluar. Ibu senyum. Semoga Allah lindungi anak2 ibu dan diberikan pasangan yang soleh dan solehah yang dapat membawa mereka ke syurga Allah.