Semalam, Hadif tiba-tiba datang dekat ibu.
Hadif: Ibu, malam ni Hadif nak bayar RM3 dekat ibu.
Ibu: Kenapa pula?
Hadif: Sebab ibu dah letak pasword dekat telefon ibu. Sebelum ni, kena bayar RM1 kalau nak main game di telefon ibu, tambah RM1 untuk main game online. Jadi Hadif bayar lagi RM1 untuk ibu bukakan password. Lepas tu bolehlah Hadif main 1 jam.
Ibu: Oh! Macam tu ke? Siapa yang tetapkan harga ni? Dah cakap dengan ayah?
Hadif: Hadif sendiri lah. Dah cakap dengan ayah, tapi ayah tak kata apa2 pun.
Ibu: OK, macam tu. Tapi ibu tak nak bagi Hadif main game malam ni, walaupun Hadif nak bayar. Nanti kita bincang lagi ya.
Hadif: Muka sedih.
Belum belajar tapi dah pandai buat penentuan harga. Guna model apa pun, tak taulah. Yang pasti, sel-sel otaknya berhubung. I like. (",)
No comments:
Post a Comment