Wednesday, December 8, 2021

Rindu

Semalam, Ayah balik dari masjid solat subuh, buka pintu, tutup semula. Ibu dan baby menyorok bawah selimut, tunggu ayah cari. Tunggu punya tunggu, ayah tak masuk2. Penat tunggu, kami pun jenguk di tingkap. Nampak ayah berdiri dekat dengan pam air boring. 

"Ayah tukar plastik pam ya? Nordin dah tukar dah yang dia punya." kata ibu. Ayah senyap seketika. 

Ayah: Latih dah mati. Abang tanam dia lah tadi.

Ibu: Kat mana dia mati? Malam tadi Kakak cari dia tak ada di luar. Kakak kata mesti dia duduk rumah Aisyah. 

Ayah: Kat depan pintu, tepi rak kasut. Tepi kain dia selalu tidur tu. Jangan bagitahu kakak lagi. Biar dia cari dulu baru bagtahu.


Masa ibu basuh pinggan, tiba-tiba kakak tanya, "Ibu sedih tak kalau kucing mati?"

Ibu: Sedihlah. Kan kakak dah tengok dulu. Kenapa?

Kakak: Tak ada apa.

Ibu: Kakak, Latih dah mati.

The conversations goes on with Ibu explaning what had happened.


Tengaharinya tiba2 hati rasa sayu. Bila bergerak ke sana sini dalam rumah, ternampak tempat2 yang dia selalu duduk, jadi teringat. Kaki dia sakit beberapa bulan lepas, buat kami rasa sangat simpati dan hantar ke klinik Vet. Dia dijaga lebih daripada yang lain dalam proses pemulihan tu, jadi ada ikatan yang terjalin. Kalau Ibu yang bela kucing dengan cara macam ni sahaja pun boleh ada rasa sebegini, I wonder macamana perasaan mereka yang memang sayang sangat kucing, bila berlaku kehilangan. 

Semoga melalui proses kehilangan sebegini, anak2 ibu terlatih dengan ketabahan untuk menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang di masa hadapan. 


Wednesday, October 13, 2021

Mahasiswa Lanjut Usia

 

Ayah pergi buat Medical Checkup di Klinik Durrani, tanpa XRay, lepas tu terus upload dokumen ke dalam sistem. Sekali dapat feedback begini: 

Ko rasa? Sentaplah member. Bukan sebab yang pertama, tapi yang kedua. Hahaha... 

Lepas buat XRay di Klinik Hijrah, hantar sekali lagi laporan, alhamdulillah, akhirnya hari ni Ayah awak sah secara menjadi pelajar semula, walaupun rasanya masih lagi Obese 1. 😄

Ibu nak kena setup meja sekolah Ayah pula utk 4 tahun. Moga dipermudahkan segala urusan Ayah dan kita semua. 



Jom sekolah sama2! 💪💪


Monday, October 11, 2021

Pong

Ibu buat kerja di meja komputer, dia tarik nak minum susu. Bagi bantal kat ibu. Tiba2 dia bangun, pergi ke ruang tamu, heret bantal golek dia, baring dan belek remote di tangannya sambil sebut Pong.
Ayah keluar dari dapur, terus gelak sambil kata, "Macam biasa kulihat pemandangan ini." 😔

Sebenarnya, siang tu ibu terperasan, dia pandang muka ibu yang sedang tengok telefon masa menyusukan dia. Terus ibu berhenti dan beri perhatian kat dia. Tak sangka pula dia copy malamnya. 

Remote yang dia pegang tu ibu tak tahu asal dari mana. Tapi ibu simpan elok2 kat meja kerja ibu, kot2 dapat jumpa kegunaannya, maka boleh gunalah. Sekali budak kecik ni dah pandai selongkar pejabat ibu, usung ke hulu ke hilir, celup air lagi. Maka, eloklah jadi Pong dia.

Punyalah dia sayang Pong tu, tak lepas langsung. Menangis sungguh2 kalau Kakak rampas dan sorokkan. Tengok, sampai tertido di lantai, pun dengan Pong di tangan... macam ibu bila tertido masa menyusukan dia 😅. 


 

Saturday, October 9, 2021

Tak suka ibu kerja

 


Bila ibu duduk je di meja komputer, untuk siapkan poster dan video pertandingan yang ibu nak masuk, dia pun terus datang panjat kerusi. Duduk belakang, cuba capai itu ini dari meja ibu, lepas tu duduk atas riba, cuba tekan keyboard atau mouse ibu. 

Ibu decided to print the prepared poster, to review it at the main hall's table. Dengan segala macam kepayahan, ibu berjaya cetak. She followed Ibu, pusing2 kejap, terus naik sofa, tengok tv sambil senggeng badan kat abang. Tak kisah pun kat ibu. 

Sabar jelah. 😄

Tuesday, October 5, 2021

Tok dah takde

 2 September 2021


Tiba-tiba saya terjaga, lampu di luar bilik masih terpasang. Lantas saya tertanya-tanya pada diri sendiri, "Pukul berapa ya?".


Saya terus bangkit dan keluar dari bilik. Sekilas saya menoleh ke arah jam,"Hmmm... pukul 1:24 pagi." Saya segera bergerak ke ruang tengah untuk membacakan Yasin lagi untuk Tok yang sedang sakit.


Sesampainya saya, kelihatan Tok terbujur kaku di atas katil dengan semua orang mengelilinginya; Tok Nyang, Tok Lang berdua, Ayah, Ibu, Pak Ngah dan Mak Su. Ibu berbisik ke telinga saya,"Tok dah takde".


Ya, pada tarikh 29.8.2021, Tok telah meninggalkan dunia ini.


Allahu Akhbar, rindunya pada Tok. Rindu suara Tok,wajah Tok. Namun, Tok telah pergi selamanya dan takkan kembali. Semoga Allahyarhamah Tok Mahni binti Abdullah diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke syurga. Amin.


-Mawaddah-



Perkataan Mardhiah

 1 September 2021


Assalamualikum warah matullah hi wabarakatuh. Ini blog pertama yang Mawaddah tulis. Hari ni Mawaddah nak senaraikan perkataan yang adik busu Mardhiah dah boleh cakap.

 

• Tu

• Tak (Cak)

• Tak O-Tak O (Otak-otak, dia mula sebut bila ayah cakap"Otak, otak" tapi biasanya dia cakap je bila-bila pun).

• Haiwan : Cak (Cicak, Mardhiah guna bila nak tunjuk cicak), Nyo (Kucing).

• O kakak o kakak.

• Tot (kentut).

 

Selebihnya,Mardhiah ikut saja apa yang kita kata.


Dah besar adik kak long. Tu sahaja daripada Mawaddah. Assalamualaikum.



Monday, July 12, 2021

Ulangtahun yang ke-12

Ahad, 11 Julai 2021.

Mawaddah : Ibu, tak boleh lah print terus dari telefon ni. Kalau nak print dari komputer ibu, nak hantar kat Whatsapp ayah ke?

Ibu : Eh! Mana boleh. Nanti ayah tahu lah. Meh sini ibu tengok.

Ibu save fail tersebut dalam Google drive dalam telefon dan buka pula di komputer, download dan print.

Ibu : Tapi ink merah kita dah habis tau. Nanti jadi kaler lain.

Hamdi : Tak apalah ibu. Boleh je.

Printing.

Ibu: Wah! Cantik juga warna ni. 

Mawaddah dan Hamdi : Terima kasih ibu.


Bila Ayah balik dari  hantar Madihah dan Mardhiah ke rumah Cik Ain, Mawaddah, Hamdi dan Hadif pun datang ucap Happy Anniversary buat Ibu dan Ayah sambil berikan kad yang mereka buat diam2 malamnya, masa ibu dan ayah dah masuk tidur.


Ini pula hadiah untuk Ayah yang meminta2, katanya nak bawa ibu gi masjid. Hamdi kata duit dia tak cukup lagi. Nanti bila dah besar, dia belikan. Buat masa ni, dia bagi gambar je. Haha... layankan jelah Ayah kamu tu. Ngade2. Takde maknanya ibu nak bagi kamu belikan Ayah motor gitu. 


Petangnya, ayah kamu nampak tak keruan. Dok tanya, kita nak beli kek tak? Nak beli kek apa? Nak beli kat mana? Rasa nak makan kek. Ibu pun tengoklah resepi di internet. Macam biasalah cari yang guna sukatan cawan, senang. Jumpa resepi Cikgu Ina. Tengok bahan semua ada, terus bawa keluar mixer. Ayah kata tak payah buatlah, dah petang. Tak rasa nak makan dah pun. Tapi ibu buat tatau je, terus sediakan bahan. Kakak dengan segera datang dan bantu ibu. Kakak memang berniat nak buatkan ibu ayah kek, tapi tepung premix kek coklat Acik Vera dah habis, ibu tak topup stok, jadi kakak tak tahu nak buat kek lain. Nak beli pun, tak tahu nak beli kat mana dan macamana. Hehe. Bagus kakak ni, ada niat tu pun ibu dah rasa terharu. 

Masalah bila buat kek ni, satu jelah, oven. Dah lama juga ia buat perangai. Asyik terpadam. Jadinya kena sentiasa duduk depan oven, switch on bila ia off. Teet...toot...teet...toot... Kerapnya on off tu sampai tiba2 black out. Erk! Jengg.. habislah tak masak kek ibu. Lepas ayah angkat balik suis yang tendang tu, alhamdulillah oven masih boleh on dan tak padam2 dah. Syukur, maka dapatlah kami menikmati kek mentega tabur coklat urai sempena malam ulangtahun pernikahan Ibu yang comel dan Ayah yang kacak lagi bergaya kesayangan anak2 semua.  
    

Bagus anak2 bagi kerjasama; Kakak ambil gambar, Hamdi kepung Mardhiah yang nak menyelit celah ibu ayah. Lepas dah pose berdua, kita ambil gambar ramai2 pula. Anak2 inilah anugerah dan amanah Allah buat ibu ayah atas pernikahan tersebut. Syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberikan ini. Tengok, bukan senang nak dapat gambar keluarga sebaik ini. Good job everyone!


Hari ini, 12 Julai adalah tarikh majlis walimah dan persandingan ibu ayah. Ibu hadiahkan ayah sambal tempoyak cili dengan petai dan ikan bilis. Elok pula kakak masak nasi lembik. Dengan ikan kembung goreng panas2, ayah makan lebih separuh periuk, lepas tu terbongkang tidur. Haha... sorok jelah penimbang bawah katil pasni.

OKlah, sekian sahaja kisah kita sempena hari bahagia ibu ayah. Semoga keluarga kita beroleh sakinah, mawaddah dan rahmah daripada Allah dan dapat membawa kita semua bersama2 ke syurgaNya kelak tanpa hisab.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada Bayan Linnas Siri 121 Pejabat Mufti Wilayah:

Muridku, ketahuilah perkara pertama dalam perkahwinan iaitu pembetulan niat, iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Antara tujuan murni ini ialah :

  • Mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  • Mendapatkan zuriat solehah.
  • Memelihara maruah diri.
  • Mencari sakinah (ketenangan jiwa).
  • Memperoleh rahmah.
  • Menghasilkan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Inilah sebahagian cita-cita dan tujuan perkahwinan itu sendiri, benarlah firman Allah SWT:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.

(Surah Al-Rum: 21) 

Sunday, June 13, 2021

Kenduri Aqiqah Drive-Thru untuk Nur Mardhiah Mahaidi

10 Jun 2021, Khamis : Selepas hampir setahun 3 bulan Nur Mardhiah dilahirkan, akhirnya dapatlah Ayah Ibu sempurnakan majlis aqiqah untuk awak. Dah besar dan pandai kemain lagi awak sekarang ni. 

Kami dah niat nak buat kenduri di rumah Terengganu untuk awak. Tapi oleh sebab awak lahir hari ke-3 PKP, yang diikuti oleh PKPB dan PKPP (yang dah lost count bilangannya), dan sekarang kita masih lagi dalam PKP (versi 3.0), maka kami buat keputusan untuk teruskan sahaja majlis ini secara drive-thru.

Ayah tempah dengan Pakcik Zaaba nasi minyak, kambing beriani dan topup ayam masak merah (disertakan juga jelatah dan sambal belacan). 60 bekas dapat disediakan dan dihantar ke rumah kita dalam pukul 2 petang. 

Tapi sebab ibu ada kelas sampai pukul 4 petang, jadi lepas asar baru kita keluar hantar. Agih kepada jiran-jiran keliling rumah dan lain2 dari Kg Pecah Rotan sampailah ke Kg Tok Jiring. Sampai rumah pukul 8 malam. Tak sangka punya lama ambil masa untuk penghantaran. Ada berbaki 13 bekas, ayah bawa ke masjid 9 dan selebihnya untuk kita makan malam.

Pakcik Zaaba beri kita kepala kambing yang telah dimasak beriani. Tapi tak berapa boleh tanggal isinya, jadi ibu masak semula dalam presure cooker, kemudian kita buat sarapan esok paginya, makan dengan paratha segera. Marvellous!!! 

Abang-abang dan kakak-kakak awak semangat tolong tampal sticker yang ibu buat. 

Pek juadah yang diagihkan.

Awak pun kami ambil dari rumah Cik Ain dan sertai buat penghantaran juadah aqiqah.

Atas: Awak tak takut langsung dengan kepala kambing ni. Terus gigit bila ibu hulur. 
Bawah: Gambar kepala kambing sebelum ia diproses sampai licin. 
Catatan: 
-Kos makanan utk kenduri ini adalah RM1000+RM650.
-Dulu, majlis aqiqah Kakak dibuat di rumah Tok Lepar, Abg Ngah di rumah TokNek Jengka, Abg Lang di rumah kita KGPJ dan Kak Chik di rumah TokNyang Jengka.

Wednesday, June 2, 2021

The day we became parents

I was admitted to the HPSF Muar on Sunday, 30 May 2010, a week after your EDD, although there're no sign of labor at all.

Monday, 7.30 am, I was induced for the first time. Patiently waiting for the contraction to come. It did, but very mild. As it was our first experience, I thought that it was painful already that Ayah had to massage the back of my waist from time to time. However, people and nurses said that it is not yet the time as I could still smile. I walked around the ward in order to speed up the opening, but when the HO performed the VE in the afternoon, it was just 1 cm, or maybe less. They consulted an MO via phone call and decided to insert another tablet. Soon after, the long, strong and painful contraction begun. 


To be continue.


NB: Tak tau bila, sebab yang tulis ni pun dah terlepas tarikh. Patut publish 1 Jun. Hehe.



Tuesday, March 9, 2021

Penentuan Harga

Dalam kuliah, ibu mengajar topik yang berkenaan dengan penentuan harga terbitan kewangan.

Semalam, Hadif tiba-tiba datang dekat ibu.

Hadif: Ibu, malam ni Hadif nak bayar RM3 dekat ibu.
Ibu: Kenapa pula?
Hadif: Sebab ibu dah letak pasword dekat telefon ibu. Sebelum ni, kena bayar RM1 kalau nak main game di telefon ibu, tambah RM1 untuk main game online. Jadi Hadif bayar lagi RM1 untuk ibu bukakan password. Lepas tu bolehlah Hadif main 1 jam.
Ibu: Oh! Macam tu ke? Siapa yang tetapkan harga ni? Dah cakap dengan ayah?
Hadif: Hadif sendiri lah. Dah cakap dengan ayah, tapi ayah tak kata apa2 pun.
Ibu: OK, macam tu. Tapi ibu tak nak bagi Hadif main game malam ni, walaupun Hadif nak bayar. Nanti kita bincang lagi ya.
Hadif: Muka sedih.

Belum belajar tapi dah pandai buat penentuan harga. Guna model apa pun, tak taulah. Yang pasti, sel-sel  otaknya berhubung. I like. (",)  





Friday, March 5, 2021

Yakult

Ibu, hari tu kan ibu kata nak belikan kita Yakult hari2?

Oh! Yalah. Ibu lupa.

Diha pun tak tahulah, tapi Allah bagi Diha ingat semua benda. 

(",) 

Maher Zain

Last year, I bought a small radio, which has a memory card. It  plays Quran recitations, ceramah agama and nasyid songs as well. 

Tekan sahaja butang 540, akan terus kedengaran lagu Maher Zain. Mawaddah akan menyanyi bersama. Madihah turut sama, walau pelat dan lirik tidak lengkap. Si kecil Mardhiah tak kurang; goyang badan kiri ke kanan ke kiri, ada masa terhangguk2, mengikut kesesuaian lagu. 

Senyum. Terhibur seketika hati ibu yang kepalanya sarat dengan kerja yang tidak pernah habis. 


"Maka nikmat Allah yang mana lagikah yang kau dustakan." (Ar-Rahman:13)


Terima kasih Allah.

Monday, February 1, 2021

Pembelian dari IKEA

Akhirnya selepas beberapa bulan tersimpan dalam cart, akhirnya ibu tempah juga kuali non-stick dari IKEA. Nak buat pancake senang. Bukan ibu, tapi Kakak dan Abang Ngah lah. Hehe. Guna sorang satu kuali, sorang satu tungku, cepat siap, dapat makan panas2. Nyammm...

Rezeki pula bila tiba2 masa ni ada promosi kos pos dikurangkan daripada RM25 kepada RM10, Alhamdulillah. Kite test seround dulu, kalau cekap dan elok penghantarannya, boleh beli lagi apa-apa yang perlu.

Tapi dah alang2 menempah tu, ibu beli juga ampaian baju boleh laras. Kena drill dinding. Ibu nak letak kat ruang keluarga satu untuk sangkut tuala basah dan satu lagi dalam bilik ibu. Sekarang ni pakai yang berkaki, jadi habuk terperangkap kat situ. 

Ada juga sesekali berlaku runtuhan bila ada yang kelam kabut tarik tuala, tertarik sekali ampaiannya. Ha! kan dah jadi kerja nak angkat dan gantung balik tuala satu2. Siapa yang pernah kena, sila angkat tangan. Haha. Nasib kamu baik ibu tolong, nasib kurang baik kena marah pula lagi.

Hari ni, dah sampai kotaknya, penghantaran oleh Poslaju; 25 Januari - 12.44 tghr tempah, 1 Februari,3.30 ptg sampai rumah. OK lah sebab barang baru di'pick-up' dari IKEA pada 29 Januari. Kiranya 4 hari dah boleh sampai. 

Apa lagi nak beli ye? 

Sunday, January 31, 2021

Peristiwa berdarah di Subuh hari

Tup! Bok! Huwaaaaaaaaa....


Serentak dengan takbir "Allahu akhbar!' dari mulut ayah, berlari ibu masuk ke dalam bilik. Ayah tengah dokong adik sambil cuba lihat kalau ada luka di mana2.  Baby Chomender jatuh katil!


Ibu terus ambil, pujuk dan cuba susukan. Baby masih terus menangis kuat. Tiba2 ternampak warna merah di mulutnya. Terus ayah ambil sapu tangan dan lap darah tersebut. Gusi/bibir sebelah dalam baby berdarah. Belek2, nampaknya hanya bahagian itu sahaja yang terkesan. Bibir atas kanan menjadi sedikit bengkak. Juga bahagian antara bibir dan hidung ada kesan merah. Mungkin bahagian itu yang pertama terhantuk dengan lantai. Bila dah tenang sikit, baby mula menyusu dan alhmdulillah boleh bermain terus lepas tu dengan abang2/ dan kakak2.


Ini kali pertama Mardhiah jatuh katil. Dah umur 10 bulan. Tidur lasak sangat pun, asyik beralih tempat. Sementara nak besar, gitulah. 


Moga Allah terus lindungi adik, amin.

 

Wednesday, January 27, 2021

Madihah datang lagi

Madihah : Ibu dah siap kerja ke belum?

Ibu : Belum sayang. Kenapa?

Madihah : Diha nak main dengan ibu.

Ibu : Ajak lah ayah main.

Madihah : Ayah tengok tv. Diha nak main kat luar. 

Ibu : Belum redup lagi sayang. Ibu siapkan kerja dulu. Kejap lagi kita main ya. Jemput baby, lepas tu kita main lari2 macam semalam.

Madihah : Senyum dan berlari keluar bilik.


Anak2 mahukan perhatian daripada ibu yang tengah sibuk buat kerja; daripada yang kecil sampailah yang paling besar Si Kak Long pun. Bukan ayah tak layan, tapi anak2 memang nak ibu juga turut layan mereka. Itulah anak2.

Ibu siapkan tugasan2 sedia ada ni dulu, moga Allah lapang dan permudahkan. Insyaallah ibu akan usahakan seterusnya untuk bahagi masa dengan lebih baik lagi tahun 2021 ini supaya dapat berikan lebih perhatian pada anak2, walaupun masih terus bekerja sepenuh masa.   


Kacak

 Tiba-tiba Madihah berlari datang dan bercakap dengan suara pelat manjanya.


Madihah : Ibu, ibu kawin dengan ayah sebab ayah kacak ke?

Ibu : Errr.. ibu kawin dengan ayah sebab ayah baik. Nanti Kak Chik bila besar, cari lelaki yang soleh ya untuk jadi suami.

Madihah : Tapi Diha budak lagi.

Ibu : Yelah, bila Kak Chik besar nantilah.


Madihah berlari keluar. Ibu senyum. Semoga Allah lindungi anak2 ibu dan diberikan pasangan yang soleh dan solehah yang dapat membawa mereka ke syurga Allah. 



COVID19

Setahun berlalu sejak virus Corona menonjolkan diri. 

Bersilih ganti sudah PKP, PKPB, PKPP.

Norma baharu hampir sebati; mask, penjarakan fizikal, PdPR, WFH.

Cabaran yang datang, membawa hikmah, pasti .