Bersiaran dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka dengan dua orang anak kecil yang lena di sisi. (",)
Pejam celik, hari ni dah masuk hari ke-20 aku melahirkan cahaya mata kedua kami AMIR HAMDI BIN MAHAIDI. Alhamdulillah kami berdua sihat di bawah lindunganNya.
Hamdi sebelum disusukan di Wad Kanak-kanak HSNZ, kira2 10 jam selepas dilahirkan.
Hamdi di atas pangkuan Tuknek, hari ke-12.
Hamdi dengan Kakak tersayang.
Setelah berpantang sendiri hampir 3 minggu di Terengganu, dengan sedikit seliaan oleh mak mertua, nenek mertua, kak Yani, Siti dan Noor (Terima kasih banyak semua. Jasamu kukenang), akhirnya aku kembali juga ke kampung untuk pemantauan penuh oleh emak yang tersayang. Tidak termasuk dalam rancangan awal, tapi disebabkan oleh encik suami yang dijadualkan untuk menghadiri kursus di KLIA selama 5+3 hari membuatkan keputusan ini diambil.
Tak lama selepas sampai ke rumah, emak dah bakarkan tungku batu (Batu sungai ni dipinjamkan oleh Nurse Dayana drpd KD Mengabang Telipot). Lepas bakar, mak curah sedikit cuka atas batu tu. Katanya supaya perut lebih mudah kecut. Malam pula mak masakkan ikan parang asam dan sayur bayam. Sedapnya! Siap makan, mak dan abah paksa aku kunyah jamu cap Petani pula. Huhu...terpaksarela (Aku memang tak suka makan ubat apatah lagi yang tradisional gitu). Esok pagi dia nak mandikan aku dengan air daun (Yang ni aku suka sangat. Bau sedap). Aku juga akan dibuatkan air kunyit untuk memulihkan luka2 dalaman. Bancuhannya 2 inci ibu kunyit hidup ditumbuk + sdkt madu + air asam jawa. Kalau takde madu, boleh letak gula merah atau gula melaka. Lagi, nak kena berparam dan berbengkung dengan bersungguh2.
Walaupun terpaksa bertarung dengan Kakak Nur Mawaddah dalam perjalanan ke Melaka dengan keadaan luka jahitan yang belum pulih, tapi ia sesungguhnya berbaloi-baloi.
Catatan: Walaupun dah pernah bersalin dan berpantang sekali sblm ni, tapi macam tak ingat sangat.Jadi kena tulis semua dalam blog ni untuk panduan diri sendiri di masa hadapan. Ada lagi 4 kekosongan untuk diisi insyaAllah.
No comments:
Post a Comment