Pagi ni kami sekeluarga bersarapan pagi di Primula Beach Hotel.
Sekumpulan pekerja MAS dibawa datang ke Kuala Terengganu untuk menguruskan penerbangan kapal Haji yang berulang alik terus dari Jeddah. Setiap pekerja diberikan satu bilik untuk menginap di Primula. Ini bermakna setiap orang mendapat 2 kupon sarapan pagi yang menjadikan banyak kupon sarapan yang berlebihan. Kupon itulah yang kami dapat.
Kapal Haji yang sampai kira-kira pukul 3 pagi dan bertolak semula 7 pagi menyebabkan Abang sampai ke rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi. Terus bertolak ke bandar, ambil masa setengah jam sebab jalan sibuk; masa semua orang menuju ke tempat kerja.
Sampai je, terus tuju ke restoran dan mula ambil makanan. Kena gilir-gilir juga sebab bawa Mawaddah sama yang baru je terjaga dari tidur masa sampai depan hotel tu. Masa tak banyak. Abang beri setengah jam je sebab kul 9 dia kena masuk kerja semula, untuk kapal terbang dari Kuala Lumpur yang biasanya sampai kul 9.30 pagi. Kelam kabut makan, tapi sempat juga tapau nasi lemak, bubur nasi, buah2an potong dan beberapa jenis pastri untuk Mawaddah makan sepanjang hari ni.
Lepas makan, rasa kenyang, alhamdulillah, walaupun tak puas, kelam kabut kan. Tapi secara kesimpulannya kami boleh kata sarapan pagi di Primula ni biasa-biasa sahaja rasanya; tak sesedap dan sepelbagai yang kami dapat masa tinggal di Alson Klana Nilai. Mmm..teringat plak...nikmatnya... (",)
No comments:
Post a Comment