Monday, November 21, 2011

Hujan sepanjang hari

Dah tiba masanya hujan turun hampir tanpa henti sepanjang hari. Musim dia. Sejuk.

Mengikut ramalan, tengkujuh kali ini akan membawa lebih hujan berbanding tahun-tahun yang lalu. Ini bermakna banjir lebih besar dijangkakan berlaku.

Masih terbayang-bayang pengalaman banjir pertama dalam hidup ini; Disember 2003, Taman Uda Murni Tok Jembal. Air naik dari segala lubang yang ada dalam rumah dengan cepatnya. Tapi alhamdulillah kami sempat naikkan peti sejuk, motor dan barang2 lain ke permukaan yang lebih tinggi sebelum berpindah ke asrama KUSTEM. Tumpang bilik kawan. Beberapa hari juga kami menginap di situ memandangkan air setinggi pinggang di hadapan rumah yang lambat surut.

Tiap kali hujan lebat turun, terbayang2 kegusaran mereka yang tinggal di rumah yang kerap dinaiki air. Pasti tidak lena tidur mereka menunggu masa arahan berpindah dikeluarkan. Alhamdulillah rumah sewa di Taman Desa Sri Tanjong yang kami diami sekarang ini tidak pernah dinaiki air sejak selesai pembinaannya, iaitu kira-kira 9 tahun lalu. Harapnya rumah baru kami di Gong Pak Jin begitu juga, amin.



No comments:

Post a Comment