Wednesday, November 30, 2011

Sarapan pagi

Pagi ni kami sekeluarga bersarapan pagi di Primula Beach Hotel.

Sekumpulan pekerja MAS dibawa datang ke Kuala Terengganu untuk menguruskan penerbangan kapal Haji yang berulang alik terus dari Jeddah. Setiap pekerja diberikan satu bilik untuk menginap di Primula. Ini bermakna setiap orang mendapat 2 kupon sarapan pagi yang menjadikan banyak kupon sarapan yang berlebihan. Kupon itulah yang kami dapat.

Kapal Haji yang sampai kira-kira pukul 3 pagi  dan bertolak semula 7 pagi menyebabkan Abang sampai ke rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi. Terus bertolak ke bandar, ambil masa setengah jam sebab jalan sibuk; masa semua orang menuju ke tempat kerja.

Sampai je, terus tuju ke restoran dan mula ambil makanan. Kena gilir-gilir juga sebab bawa Mawaddah sama yang baru je terjaga dari tidur masa sampai depan hotel tu. Masa tak banyak. Abang beri setengah jam je sebab kul 9 dia kena masuk kerja semula, untuk kapal terbang dari Kuala Lumpur yang biasanya sampai kul 9.30 pagi. Kelam kabut makan, tapi sempat juga tapau nasi lemak, bubur nasi, buah2an potong dan beberapa jenis pastri untuk Mawaddah makan sepanjang hari ni.    

Lepas makan, rasa kenyang, alhamdulillah, walaupun tak puas, kelam kabut kan. Tapi secara kesimpulannya kami boleh kata sarapan pagi di Primula ni biasa-biasa sahaja rasanya; tak sesedap dan sepelbagai yang kami dapat masa tinggal di Alson Klana Nilai. Mmm..teringat plak...nikmatnya... (",)

Tuesday, November 29, 2011

Tak larat

Hari ni macam biasa, bangun pagi, lepas solat subuh terus masuk dapur, sediakan bekalan makanan untuk Nur Mawaddah. Menu kali ni nasi putih, bebola daging dan sup sawi. Sarapan pagi untuk diri sendiri dan suami juga sempat disediakan pagi ni.

Hari ni hari sibuk Abang; juruaudit datang dari KL. Semua staf Engineering yang ada kena masuk kerja kul 8 pagi. Lepas habis sepiring nasi goreng, dia gerak ke tempat kerjanya. Mawaddah terjaga kira-kira setengah jam kemudian. Suapkan dia sarapan, i.e. nasi putih dengan lauk2 yang disediakan tu. Hampir setengah jam baru siap.

Badan terasa letih, tak larat. Ikut hati rasa nak sambung tidur. Tapi kerja kata mari. Sampai pejabat, makin menjadi-jadi. Peel fresh yang sempat dibeli di Kompleks Siswa pon tak dapat nak atasi. Baring sekejap atas karpet, luruskan badan, pejam mata. Tak sampai 5 minit, rasa sedikit kelegaan. Bangun semula dan mula buat kerja.

Mengandung kali ni badan kerap rasa letih. Muntah2 pon jadi semula sekarang, i.e. antara 5-6 bulan kandungan. Pelik juga, Rasanya dulu tak macam ni. Mungkin sebab umur dah meningkat. Huhu...

Monday, November 21, 2011

Hujan sepanjang hari

Dah tiba masanya hujan turun hampir tanpa henti sepanjang hari. Musim dia. Sejuk.

Mengikut ramalan, tengkujuh kali ini akan membawa lebih hujan berbanding tahun-tahun yang lalu. Ini bermakna banjir lebih besar dijangkakan berlaku.

Masih terbayang-bayang pengalaman banjir pertama dalam hidup ini; Disember 2003, Taman Uda Murni Tok Jembal. Air naik dari segala lubang yang ada dalam rumah dengan cepatnya. Tapi alhamdulillah kami sempat naikkan peti sejuk, motor dan barang2 lain ke permukaan yang lebih tinggi sebelum berpindah ke asrama KUSTEM. Tumpang bilik kawan. Beberapa hari juga kami menginap di situ memandangkan air setinggi pinggang di hadapan rumah yang lambat surut.

Tiap kali hujan lebat turun, terbayang2 kegusaran mereka yang tinggal di rumah yang kerap dinaiki air. Pasti tidak lena tidur mereka menunggu masa arahan berpindah dikeluarkan. Alhamdulillah rumah sewa di Taman Desa Sri Tanjong yang kami diami sekarang ini tidak pernah dinaiki air sejak selesai pembinaannya, iaitu kira-kira 9 tahun lalu. Harapnya rumah baru kami di Gong Pak Jin begitu juga, amin.



Tuesday, November 15, 2011

He's away

It's been more than five months since we live our life together under the same roof, here in Terengganu. I'm now used to having him at home everyday, although not many hours (ada shift, tapi kena kerja tiap shift, hampir setiap hari). Thank you Allah.

But today he is away. He left early this morning for a 1-day course in Kuala Lumpur. After that, he'll directly fly to Kuching for another course before returning home on Thursday night. Only 4 days and 3 nights.

First day : I was extremely busy at work that I only managed to fetch Kakak Baby around 7 pm.
First night : As we reached home, I felt so exhausted,  so tired that I only wanted to lie down and close my eyes, sleep. Kakak Baby seems to understand. She played with her toys and bears by herself. She didn't disturb me at all. Only few minutes relaxing, I managed to gain my strength, at least mentally, as I knew that she's playing alone, and her father is not going to come home tonight to play with her before her bedtime. We had some fun by doing some activities at the kitchen together and finally off to bed at around 10 pm, earlier that the other nights.

We survived our first day, and hopefully the rest of the days as well, insyaAllah.

Wednesday, November 9, 2011

Akhirnya

Setelah hampir genap setahun pencarian dilakukan untuk membeli sebuah rumah atau sebidang tanah untuk dibuat rumah, akhirnya pada tengahari 9 November 2011 kami telah membuat suatu keputusan;

Membeli sebidang tanah milikan kekal bersaiz 633mp dengan sebuah rumah setingkat di atasnya dengan keluasan 2050kp.

Surat tawaran pembiayaan telah ditandatangani, begitu juga dengan kontrak pindah milik.

Esok pagi kami akan berjumpa dengan pemaju berkenaan, En. Wan Zamri di rumah tersebut untuk perbincangan lanjut berkenaan rumah tersebut. Semoga Allah lembutkan hatinya dan mudahkan dia terima segala permintaan tambahan kami.

Terima kasih ya Allah atas rezekiMu ini.

Tuesday, November 1, 2011

21 Minggu

Belum tahu jantinanya lagi, tapi hari ni dia dah berusia genap 21 minggu. Adik Baby Mawaddah yang disayangi ni kuat menendang perut ibunya. Sekejap di sebelah kanan perut, sekejap di sebelah kiri, sekejap di sebelah atas. Tidak menentu. Berlainan sedikit jika dibandingkan dengan kakaknya.

Kehadirannya adalah bagi meraikan kejayaan ayah berpindah ke stesyen MAS TGG. Syukur yang tidak terhingga padaNya.

Tak lama lagi Kakak Baby dapat teman. Boleh joget sama2!


Nota: Mawaddah bukan sahaja suka berjoget di dalam perut, bahkan terbawa2 hingga sekarang. Geram...