Tuesday, May 10, 2011

Terharu

Mawaddah berdiri di 'pagar bayi' pintu rumah pengasuhnya Wan pagi ini. Kak Intan berdiri di sisinya. Tiba-tiba puting tampang Kak Intan terjatuh dari mulut ke kakinya sendiri. Kak Intan tidak peduli. Dia berjalan ke pintu dapur. Berdiri di situ, melihat Wan membancuh air.

Mawaddah memandang ke lantai, melihat puting itu. Dia tunduk, membengkokkan lututnya, mengambil puting itu. Aku cuma memerhati dari jauh, cuba menduga apakah yang akan dilakukan seterusnya.

Dengan puting itu di tangan kanannya, dia terus berjalan ke pintu dapur, menuju ke arah Kak Intan. Sebaik sampai di situ, dihulurkannya pada Kak Intan yang sudah sedia memandangnya. Kak Intan ambil, masukkan ke dalam mulut semula.

Huhu..terharu sebab dapat saksikan kejadian tu. Anak ibu dah makin boleh berfikir dan bertindak dengan baik, alhamdulillah. Moga dia jadi insan yang cemerlang kelak; di dunia dan akhirat.

Nota: Mawaddah tidak suka menggunakan puting tampang. Hanya 3 kali sahaja dihisapnya semasa dalam pantang di rumah Tuk Nek di Jengka. Selepas itu, ia setakat mengisi ruang dalam kotak mainannya. Buat main gigit-gigit pon tak berapa nak.

No comments:

Post a Comment