Thursday, May 5, 2011

GERAK CERIA

Sempena genap 10 tahun usia UMT, semua staf diberikan sehelai baju kemeja T lengan pendek warna hijau terang khusus untuk program Gerak Ceria bulan Mei ini. Acara dibuat di dataran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.

Apa yang menariknya, aku baru perasan yang inilah kali pertama aku bersukan selepas Mawaddah dilahirkan. Huh! Dah 11 bulan. Tepu dah gamaknya semua lemak2 di perut ni terutamanya.

Aku suka bersukan, sejak kecil lagi. Tapi itu tak bermakna aku hebat dalam sukan. Sukan bagi aku adalah satu aktiviti riadah yang perlu dilakukan dari masa ke semasa. Ia menyihatkah, membuatkan badan yang lesu jadi bertenaga. Iulah tujuan aku bersukan.

Teringat masa buat ijazah pertama dulu, hampir setiap pagi Jumaat aku akan berjoging dengan Badriah, teman seJabatan. Dari asrama UMT, melalui jalan pantai Tok Jembal, ke jalan tepi 'airport' dan kembali ke asrama melalui jalan besar Tok Jembal. Itu jarak maksimum yang kami lalui. Tak selalu sejauh itu. Bagi kami jarak tidak penting, tapi kekerapan itu perlu.

Masa mengandungkan Mawaddah pun aku beriadah juga. Bertemankan kak Yani dan Azlida, aku berjalan pantas di sekeliling tasik tepi stadium. Kalau tidak berteman, aku berjalan-jalan sendiri di sekeliling masjid Tok Jembal, sebelah rumah je.

Mungkin bila ayah Mawaddah dah dapat pindah sini, kami akan mulakan semula rutin beriadah yang menyihatkan itu. Tapi bila ye ayah?

No comments:

Post a Comment