Sunday, May 15, 2011

My day

Today Ayah is taking over Ibu's duty to look after our daughter. Ibu is very busy at work. Ibu called him just now and it seems that everything is still under control. Well done Ayah! (",)

Thursday, May 12, 2011

She talks

She talks a lot now. Baby words. I miss listening to those. Baby, Ibu want to see you!

Note: Only few hours, but I miss her already. I wonder how Ayah handles his feeling towards her.

I'M TIRED

That's all. Thank you for listening.

Wednesday, May 11, 2011

Bekal

Hari ni buat pertama kalinya ibu masakkan Mawaddah bihun sup ikan Uji/lolong/beliak mata dengan sayur-sayuran. Sebekas. Ibu sediakan juga seperti hari-hari yang sebelum ini sebekas bubur nasi dengan sup yang sama.

Selain tu, ibu bekalkan 4 bekas Cerelac pelbagai perisa (beras, beras merah, gandum+madu, gandum+bilis), Baby Bite (biskut beras) perasa asli, beberapa keping biskut Tiger pelbagai perisa (asli, coklat, susu), biskut Jacobs dan sebiji epal untuk Wan pilih dan bagi Mawaddah makan. Ibu tak nak anak ibu kelaparan sepanjang ketiadaan ibu.

Untuk minuman pula, ibu bekalkan 2 botol susu ibu perahan petang semalam, setengah botol air+sedikit madu dan setengah botol air masak supaya anak ibu tidak kehausan dan kekeringan di musim panas ini.

Semoga anak ibu sihat dan membesar dengan baik. Ibu sayang babybu!

Nota: Untuk diri sendiri, ibu beli sebungkus nasi berlauk, sebungkus nasi minyak, 2 biji burger Malaysia dan 3 biji pau goreng berinti kacang merah. Beli kat pondok tepi Pasti Tok Jembal. Semua berharga RM4 sahaja. Cukuplah untuk sarapan pagi, makan tengahari dan kudapan ringan hari ini, alhamdulillah.

Tuesday, May 10, 2011

Terharu

Mawaddah berdiri di 'pagar bayi' pintu rumah pengasuhnya Wan pagi ini. Kak Intan berdiri di sisinya. Tiba-tiba puting tampang Kak Intan terjatuh dari mulut ke kakinya sendiri. Kak Intan tidak peduli. Dia berjalan ke pintu dapur. Berdiri di situ, melihat Wan membancuh air.

Mawaddah memandang ke lantai, melihat puting itu. Dia tunduk, membengkokkan lututnya, mengambil puting itu. Aku cuma memerhati dari jauh, cuba menduga apakah yang akan dilakukan seterusnya.

Dengan puting itu di tangan kanannya, dia terus berjalan ke pintu dapur, menuju ke arah Kak Intan. Sebaik sampai di situ, dihulurkannya pada Kak Intan yang sudah sedia memandangnya. Kak Intan ambil, masukkan ke dalam mulut semula.

Huhu..terharu sebab dapat saksikan kejadian tu. Anak ibu dah makin boleh berfikir dan bertindak dengan baik, alhamdulillah. Moga dia jadi insan yang cemerlang kelak; di dunia dan akhirat.

Nota: Mawaddah tidak suka menggunakan puting tampang. Hanya 3 kali sahaja dihisapnya semasa dalam pantang di rumah Tuk Nek di Jengka. Selepas itu, ia setakat mengisi ruang dalam kotak mainannya. Buat main gigit-gigit pon tak berapa nak.

Kegemaran

Sejak umurnya 3 hari, dia mula menunjukkan satu kegemarannya; menangis dengan kuat. Geram betul! Habis ikhtiar ibu, ayah, Nenek, Atuk, Tok, Tok Nek, Tok Nyang, Tok Ngah, Tok Lang, ... nak pujuk dia supaya diam, tapi tetap menangis juga.

Semakin usianya bertambah kekerapan menangisnya semakin berkurangan, tapi kekuatan suaranya masih sama. Kini dia semakin cerdik, taktik menangis kuat tu digunakan terutamanya kalau dia mahukan sesuatu. Tak boleh lambat dan mesti dapat. Geram betul!

Tapi bila terkenangkan celoteh-celoteh dalam bahasa bayinya, senyuman manisnya dan tawa riangnya tatkala bermain, hilang segala rasa geram tu. Rasa rindu pula bertandang tiap masa dia tiada di sisi. Tak sabarnya ibu nak ambil awak petang ni Mawaddah! (",)

Rindu

Kenangan bersama masih terbayang di ruang mata. Celoteh dan gelak tawanya juga sering terngiang-ngiang di telinga.

Hati ini jadi sayu. Rasa sangat rindu padanya. Tapi dia sudah tiada.

Al-fatihah buat arwahyarhamah kak Faredah Jamrus Kasim. Semoga akak sejahtera di alam sana.

Monday, May 9, 2011

Cuti

Cuti semester adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua; pelajar dan juga pensyarah. Cuti kali ni paling seronok, sebab panjang tempohnya.

Berjalan ke pejabat am, terasa sangat lengang. Tiada pelajar duduk, berbual-bual, melayari internet di foyer fakulti, tiada kenderaan lalu lalang. Petak parkir pun banyak yang kosong.

Sunyi pulak rasanya. :(

Prof. Frank Morgan was here in UMT!

He's very slim and tall; almost the height of the Al-Khawarizmi's door. With a thick and big spectacles, he really looked like a Professor. Indeed he is. (",)

The seats in the room were fully occupied by the lecturers and postgraduate students from the Department of Mathematics and Computer Science. I was impressed as it rarely happened in any other talks organized in the faculty.

The talk was really good. Frank discussed about arguments on current time, calendar and population of people. He said that it wasn't him who started, but his students. Young people, students and children, for instance, do have a lot of thing playing in their mind. We have to let them speak it out without fear. If we listen properly to them, we may end up with a new research to be done.

In general, it was worth spending time listening to him. I quoted some words from him here; some for my own motivation and some more for us to think about.

"Let the world know that Math is interesting and fun."
"The best question comes from the youngest participants."
"Don't force the students to study Math. Let them enjoy."
"Math is hard. It is not something you have to do on your own."
"You will never know everything."

More about Prof. Frank Morgan, see here.

Thursday, May 5, 2011

GERAK CERIA

Sempena genap 10 tahun usia UMT, semua staf diberikan sehelai baju kemeja T lengan pendek warna hijau terang khusus untuk program Gerak Ceria bulan Mei ini. Acara dibuat di dataran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.

Apa yang menariknya, aku baru perasan yang inilah kali pertama aku bersukan selepas Mawaddah dilahirkan. Huh! Dah 11 bulan. Tepu dah gamaknya semua lemak2 di perut ni terutamanya.

Aku suka bersukan, sejak kecil lagi. Tapi itu tak bermakna aku hebat dalam sukan. Sukan bagi aku adalah satu aktiviti riadah yang perlu dilakukan dari masa ke semasa. Ia menyihatkah, membuatkan badan yang lesu jadi bertenaga. Iulah tujuan aku bersukan.

Teringat masa buat ijazah pertama dulu, hampir setiap pagi Jumaat aku akan berjoging dengan Badriah, teman seJabatan. Dari asrama UMT, melalui jalan pantai Tok Jembal, ke jalan tepi 'airport' dan kembali ke asrama melalui jalan besar Tok Jembal. Itu jarak maksimum yang kami lalui. Tak selalu sejauh itu. Bagi kami jarak tidak penting, tapi kekerapan itu perlu.

Masa mengandungkan Mawaddah pun aku beriadah juga. Bertemankan kak Yani dan Azlida, aku berjalan pantas di sekeliling tasik tepi stadium. Kalau tidak berteman, aku berjalan-jalan sendiri di sekeliling masjid Tok Jembal, sebelah rumah je.

Mungkin bila ayah Mawaddah dah dapat pindah sini, kami akan mulakan semula rutin beriadah yang menyihatkan itu. Tapi bila ye ayah?

Wednesday, May 4, 2011

Projek

Hanya berbaki beberapa bulan, saya perlu selesaikan projek tersebut dengan segera.

Terdapat 10 permohonan untuk menjadi RA/GRA di bawah projek tersebut, namun begitu saya hanya ada peruntukan kewangan untuk 2 orang sahaja. Berat hati, tetapi saya terpaksa melepaskan 8 calon yang lain.

Harap maaf, bukan kalian tidak layak, tetapi kekangan masa menyebabkan pilihan yang saya kira terbaik buat masa ini harus dibuat. Dalam masa terdekat, mungkin kalian boleh bertanya kepada para pensyarah lain sekiranya mereka memerlukan pelajar seliaan untuk menjalankan projek mereka, contohnya Dr. Ilyani.

Di masa hadapan, andai ada sesiapa yang masih berminat untuk menyambung pengajian di bawah seliaan saya, silalah berhubung. Kalau ada rezeki, kalau kebetulan saya ada geran yang memerlukan pelajar, dapatlah ia membantu membiayai serba sedikit kos hidup dan pengajian kalian.

Semoga kalian terus bersemangat untuk belajar. (",)