Sunday, October 10, 2010

10 10 10

Menariknya tarikh hari ni sampai rasa nak update blog.

Semalam dan kelmarin merupakan hujung minggu pertama aku dikehendaki bekerja semenjak aku kembali bertugas di UMT. Ada bengkel untuk siapkan dokumen MQF. 8.30 pagi hingga 5 petang.

Abang pula tak jadi balik sebab jenguk Tuk yang sakit di Jengka. Nasib baiklah Ayah dah carikan pengasuh untuk Mawaddah, yang sanggup jaga dia termasuk pada hujung minggu, alhamdulillah. Tapi, kesian kat baby. Maafkan ibu ye sayang.

Asalnya aku dah mohon cuti Ahad sebab nak ikut suami balik ke kampung. Tapi tiba2 tengahari Rabu diberitakan tentang bengkel tersebut oleh Ketua Jabatan dan surat jemputan diterima secara rasmi keesokannya. 6 orang pensyarah jabatan kami terlibat. Aku tak batalkan cuti sebab masih mengharap yang kami boleh siapkan dokumen tu Jumaat sahaja. Jadi tak perlu datang Sabtu, boleh balik kampung terus bila Abang sampai dari KLIA. Tapi nampaknya terlalu banyak yang perlu dilakukan. Tak sampai hati nak tinggalkan kawan-kawan buat kerja sendiri. Terpaksa aku batalkan rancangan asal untuk balik kampung.

Fikir-fikir balik, pentingkan kerjaya sangat ke aku ni?

3 comments:

  1. Ehh...atuk akak orang jengka? Jengka berapa?

    ReplyDelete
  2. baru baca post ni... terharu pulak rasa :), especially part "Tak sampai hati nak tinggalkan kawan-kawan buat kerja sendiri"

    ReplyDelete