Nur Mawaddah Binti Mahaidi. Hari ni usianya genap 30 hari. Cepat sangat masa berlalu. Bila dihitung, rupanya dah hampir 7 minggu aku tinggal di kampung; 3 minggu sebelum dan 4 minggu selepas bersalin. Ini bermakna cuti bersalinku cuma berbaki 1 minggu sahaja lagi.
Kala ini, buah hatiku itu sedang lena di dalam buaian. Ku tatap wajahnya. Tampak bersih, sejuk, tenang dan menenangkan. Tergambar di ruang mata segala kenangan semasa mengandung dan melahirkannya. Tidak dapat dinafikan ada yang menyakitkan, tetapi terlalu sedikit sehingga ditenggelami oleh keindahan-keindahan yang ketara banyaknya.
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan dia buat kami; cahaya cinta aku dan suami.
makteh miss u BuBuuu...
ReplyDelete