Jap je, dah nak masuk 12 minggu. Kawan2 kata dah kena buat buku. Kalau tak, nanti kena marah.
Isnin, 2 November 2009.
8 pagi dah sampai kat Klinik Kesihatan Seberang Takir. Terus ke bahagian rawatan Ibu dan Anak. Pergi kaunter, dapat buku merah. Isi maklumat yang diperlukan kat muka surat depan. Hantar balik kat Misi di kaunter. Lepak jap, Misi panggil nama. Masuk bilik, dia tanya itu ini dan tanda dalam buku. Dia sediakan 2 tiub untuk ujian darah dan borang2 yang berkaitan. Lepas tu timbang dan periksa tekanan darah kat kiri dan kanan lengan.
Seterusnya Misi kasi aku botol untuk ujian air kencing. Hantar ke makmal. Kat tempat yang sama, ada petugas yang ambil sedikit darah dari hujung jari hantu kanan, untuk ujian HIV. Duduk jap sangat dah dipanggil untuk ambil result.
Lepas tu kembali ke Bilik Rawatan Ibu dan Anak, ambil darah kat lengan pulak, 10cc kalau tak silap. Lepas borang dikembalikan, pergi ke bahagian Pesakit Luar, jumpa Doktor. Yang ni lama sikit menunggu, sikit je. Tapi ada citer Wonder Pet, seronok juga layan sambil dengar Abang nyanyi bersama2 diorang. Haha.
Doktor muda, Nini namanya. Periksa degupan jantung dan kemudian leher aku kalau2 ada tiroid. Pastu tanya2 itu ini sambil menjawab soalan aku yang macam2. Dia soh aku pilih sama ada nak wat appointment utk scan baby di klinik tu atau kat swasta. Kalau kat dia, lambat sikitlah, kena tunggu. Aku pilih utk wat di swasta je. Doktor soh buat antara minggu ke 16 hingga 20 dan gambar tu kena tampal dalam buku. Selesai, kena kembali jumpa Misi untuk tetapkan tarikh rawatan seterusnya.
Selepas menunggu seketika, aku dipanggil masuk. Misi suruh baring, periksa buah dada. Sesuai untuk penyusuan katanya. Kemudian periksa leher pulak kalau2 ada tiroid. Kena angkat tangan ke depan sambil berbaring, juga untuk ujian tiroid. Kalau ada, tangan akan bergetar kata Misi. Lagi, dia pegang bahagian di bawah pusat; Rahim. Tak rasa apa2 lagi katanya sebab kandungan masih baru.
Misi tulis2 laporan dalam buku, nagi nasihat itu ini dan kasitau yang rawatan seterusnya pada 1 Disember. Tak semestinya dibuat di klinik tu, aku boleh pergi mana2 klinik, kerajaan atau swasta. Yang penting aku kena dapatkan juga rawatan pada masa tu, dan pastikan buku merah dibawa sentiasa untuk diisi oleh misi/doktor yang merawat.
Akhir sekali Misi suruh pergi ke bilik suntikan untuk ambil garam beriodin untuk digunakan dalam masakan dan ke farmasi untuk ambil asid folic.
Siap semua kul 11pagi. Walaupun makan masa 3 jam, serius tak terasa masa berlalu. Agaknya sebab banyak ujian yang dilakukan dan banyak juga info yang kami peroleh (siap dapat garam lagi!), serta masa menunggu untuk setiap satu proses yang tak keterlaluan lamanya.
klinik seberang takir. tempat aku cucuk dulu huhuhuhuhu
ReplyDeleteCucuk mende? Ko dok sini ek dulu?
ReplyDeletemcm2 cucuk ade. cabut gigi pun pernah. aku duk kat situ 3 thn dan pdg midin 2thn
ReplyDelete