Tuesday, November 17, 2009

Anak ibu buat apa tu?

"Aktifnya anak awak Hassilah. Berjoget dia!" kata Dr. Azlina.

Kedua2 kaki dan tangan bergoyang2, menggapai2 ke sana sini. Sekali nampak macam berenang, sekali nampak macam menari pon ada. Susah betul nak ambil gambar dia statik. Tak duduk diam. Berpusing, beralih sentiasa. Mungkin dia tahu ini kali pertama ibu dan ayah tengok dia, jadi dia buat 'performance' sikit. Tergelak2 kami bertiga dibuatnya.

"Tu nampak tak jantung dia berdegup?" kata Dr. lagi.

Maha suci Allah! Bukan 1, tapi 2 jantung sedang berdegup dalam badan aku sekarang. Yakinlah aku yang memang dah ada seorang insan lain yang sentiasa 'berdampingan' denganku saat ini, walau di mana sahaja aku berada. Yey! Dah ada teman bercakap.

"OK, nampaknya ada 1 jelah ye. Bukan kembar."

Alhamdulillah. Seorang pon dah cukup baik. Semoga anakku sempurna sifatnya, sihat fizikal dan mentalnya, serta membesar dengan baik di dalam tu.

Mengikut ukuran diameter kepala, pada 16 November 2009, anak ibu dah berumur 12W3D (+-1W1D). Dijangka lahir 28 Mei 2010. Looking forward to see you my dear!

1 comment:

  1. bagus...Alhamdulillah..sesungguhnyer Allah itu Maha Berkuasa...

    Amazing kan....??

    ReplyDelete