Saturday, January 17, 2026

Mula dan Akhir

Sesi persekolahan bermula 11 Januari tahun ni. Maka bermulalah rutin kesibukan waktu pagi ibu ayah; siapkan sarapan, bekal, hantar semua ke sekolah/tabika. Tahun ni Adik bersemangat nak pergi sekolah, jadi dia mudah bangun bila Achik kejut, terus mandi dan bersiap. Tak meragam. 

Mawaddah dan Hadif belum mula sekolah lagi, jadi pagi tu, semua orang ikut ayah pusing keliling. Mula dengan Achik kat pagar utama (sebab nak dapat hadiah stationary sbb datang awal hari pertama), pastu ke SParK dan akhirnya ke Tabika Adik. 

Achik kat pagar depan sekolah. Subuh lambat, gelap lagi dah sampai sekolah.

Abang keluar kereta, laju je jalan, nak salam cikgu2 lelaki.


Adik tak perlu dihantar sampai pintu, dah thn kedua sekolah tabika.

Pandai je Adik bawa diri; buka kasut dan simpan di rak. Cikgu baru adik nama Nadhirah (Cg Iera).

Selasa, 13 Januari baru lah Kakak dan Hadif pergi daftar di SMKA Dato' Haji Abbas. Semua yang masuk SBP, MRSM dan SMKA dijadualkan daftar tarikh ni di seluruh Malaysia.  

Sebelum melangkah masuk. Bismillah.

Menuju ke dewan untuk pendaftaran.

Lepas dengar ucapan dan taklimat, barulah daftar. Hadif dan ayah beratur daftar di kelas Al-Saff (angka giliran 4), kemudian mendaftar utk ujian kelas DLP (selainnya ada pilihan kelas Furqan dan ASK, atau aliran biasa). Kakak pula seterusnya mendaftar di tepi dewan untuk kelas Tingkatan 4. Hanya 6 murid baharu sahaja terpilih, semua masuk kelas Sains Tulen (STEM A). Kakak nak kelas DLP, jadi Cikgu Nabilah masukkan kelas Al-Ikhlas. Kakak Pengawas nama Jannah (F5) layan kami dan tunjuk arah.

Kakak tengah daftar.

Oleh sebab barisan panjang sangat nak beli barang kat koop, kita decide utk beli buku esoknya je, seperti cadangan Cikgu Nabilah awalnya. Jadi sebelum ibu ayah tinggalkan Kakak dan Hadif untuk aktiviti suai kenal hari pertama, kita ambil satu gambar semua kat tengah dataran sekolah. 
 
Gambar kenangan hari perndaftaran ADHA.

Sempena minggu pertama persekolahan tahun ni, SK Tanjung Gelam ada beberapa aktiviti yang mengalu-alukan penyertaan ibu bapa. Ibu yang Exco Akademik PIBG ni mestilah lebih2 lagi kena datang. Sempatlah ibu join Senamrobik dan persembahan tarian dan nyanyian sambil-sambil meraikan lawatan Nazir sekolah pada Isnin, Senamrobik dan Sukaneka pada Rabu dan akhirnya Ceramah Israk Mikraj pada Khamis. Selasa je ibu tak join sebab pergi daftar Kakak dan Abang Kecik. Dapatlah jumpa Kak Chik yang dah naik tahap 2 tahun ni. Tinggal sorang2 je dia, tahun depan baru Adik join sekolah sama.
 
Ibu bersama Kak Chik comey.  

Semalam (Jumaat) hari last Ibu mengajar kelas sarjana, MTS5054 Pemodelan Stokastik dalam Oceanografi Fizikal. Ada 7 orang pelajar perempuan je; Dina, Arina, Ain, Dania, Nelly, Dayang dan Aida. Semua alumni program Matematik Kewangan UMT, ex-student ibu sendiri. Kelas pada hari Jumaat, 3-7 petang. Tak boleh ejas ke tengah minggu sebab ada 2 orang yang kerja. Pelajar ibu kena bentang tugasan yang diberi kat Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi, sekali charger laptop ibu tertinggal pulak atas meja Ayah. Syukur ada rescue team yang sedia berkhidmat. Terima kasih Ayah dan Adik!

Hadoilah! Topi keledar dewasa sarung kat Adik. Asal pakai namanya. Haha.  

Friday, January 9, 2026

Demi masa

Sangat cepat masa berlalu. Dah lebih seminggu masuk tahun 2026. 

Last Kvikk Lunsj yang Kak Normah bagi masa datang Julai tahun lepas, ibu habiskan. Anak2 dan ayah dah dapat bekal masa nak balik Jengka minggu lepas.  


Sabtu pagi, 3/1, Hamdi, Hadif dan Madihah sertai Kem Solat di Masjid Gong Pak Jin. Elok benau Abang pun, mencari tiang untuk bersandar. 

Auni kawan sek rendah Kakak (baju pink sebelah Madihah) pun join juga. Kakak ibu tak register, takut dia tak nak pergi.

Hadif memang bersemangat bila join program macam ni.

Tengahari sama, Kak Chik Fiza sampai rumah selepas banyak tahun. Dah pernah datang 3 kali. Masih bujang lagi last time dia datang, naik flight. Ni anak sulong Jannah pun dah masuk 7 tahun. 

Petang sikit, kita pergi pantai Batu Rakit yang terhakis tapi dah membentuk lagun. Ombak kuat sangat, tapi kawasan ni terlindung dek pemecah ombak. Dapatlah budak2 main pasir sekejap. 

Pagi esoknya sarapan kat Nasi Kerabu Pok Din ramai-ramai. Ibu EL.

Bestie sangat.

Dah kenyang makan, kita shopping kat Pasar Payang lah, tempat wajib.

Sampai masa nak berpisah. Sedih sangat dua2 pun. Lama counting days nak jumpa bestie, dapatlah main sama2 dengan bersungguh2 walaupun masa terhad sangat.

Terima kasih datang Nabil, Chik dan Mak Echot. Kita bungkus ikan, udang dan sotong Pok Nong buat bekal perjalanan.

Movie time yang ditunggu2; Papazola! Asbab Kakak dah completed hafazan surah An-Naba', semua orang dapat tengok, dengan syarat buat surat aku janji akan selesaikan hafazan yang berbaki selewat2nya Khamis sblm mula buka sekolah.

Selasa, Adik daftar sekali lagi ke Tabika Kemas Kg Banggol. Dapat cikgu baru, nama Nadhirah (Cg. Iera), comey kecil molek orangnya. Ustazah dan Cik Aini kekal lagi. Bayar yuran RM80. 


Tahun ni, baju sukan dengan design baru. Sampai rumah, rupanya dapat baju sukan boy, ibu pergi hantar semula. Minggu depan masa buka sekolah cikgu akan ganti yang gigirl punya.  

Petangnya, ibu bawa anak2 shopping baju sekolah. Tudung labuh putih dan hitam, dan kain biru Kakak dah beli di KTU Jaya Sabtu pagi, alhamdulillah jumpa baju kurung cekak lengan di Pasarayaku ni. Diha dapat 2 tudung sarung hitam ada getah kat dagu, senang!

Betul gaya budak sekolah agama. Baju Hadif beli di Pasarayaku. Seluar takde saiz, terpaksa ke Mydin pula, bolehlah saiz 25 pun. Dapat songkok juga kat situ. Baju Pengawas PSS Abang Hamdi warna pink dan seluar hitam tak dapat lagi, kami pergi pula ke KT Seragam kat Dataran Tembesu. 

Rabu pagi Kakak ada appointment HSNZ, kejap je jumpa En. Faris OT, dia ajar Kakak cara bernafas 8 tarik- 8 tahan- 8 hembus. Kena praktis hari2 kata dia. Moga Kakak boleh manage tekanan dengan lebih baik.  

Khamis pagi Ibu bawa anak2 pergi beli buku sekolah. Mula dengan Madihah, dah Darjah 4. Bayar RM34.90.


Lepas tu ke sekolah Abang, SMK Padang Kemunting. Beli buku dengan bayaran RM25.50.

Kelas Abang 2 Amanah, kat tingkat atas sekali, bucu belakang gambar tu. Cikgu kelas abang namanya Zalina Mustafa, kawan ibu masa kursus dengan KPM. Sebelum beli buku, abang dah tolong sapu sampah dan angkat meja, cukupkan utk bilangan murid kelas abang; 17 orang.   

Sampai rumah, ibu potongkan plastik pembalut buku, ajar sikit cara macamana nak balut buku kat Diha dan Abang. Cepat je faham, alhamdulillah. Dah sedia nak mulakan persekolahan 2026.


Thursday, January 1, 2026

2026: Tahun Baru, Semangat Baru!


Tahun baru 2026 ibu mulakan seorang diri, sebab semua anak ikut ayah balik Jengka, tengok TokNyang yang nak operate mata (tapi ditangguhkan tarikh pula). Tapi petang tu, bila diorang sampai, ibu ajak pergi makan luar ramai2, di JOMO.

Senyum...

Ayah nak buat love atas kepala Hadif tu patutnya, jadi tak? Macam gaya kangaru lah pulak. Haha.

Sweet sangat! Ayah dan Abang je takde, dah masuk dalam kereta awal sementara kami tunggu bungkusan croissant, pavlova dan satu pastry lagi tak ingat nama.

Earlier that day, odw balik dari Jengka, Kakak singgah SMIYT  Marang, ambil fail dia dan sijil tamat Tingkatan 3 kat situ. Rayuan Kakak utk sambung Tingkatan 4 tak berjaya. Nampaknya Yayasan lebih utamanya pencapaian Hafazan berbanding akademik, jadi tak ada rezeki Kakak di situ. Pasti Allah dah sediakan yang lebih baik untuk Kakak di SMKA Dato' Haji Abbas (ADHA) pula. 

Last gambar Kakak kat depan kelas 3 Asim, kelas Tahfiz Mandarin. Semoga pengalaman 3 tahun di IMAR telah mengajar Kakak sesuatu, kalau pun tak banyak, untuk menjadi lebih matang dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. Ibu dan ayah akan sentiasa ada untuk Kakak bila diperlukan, insyaAllah.

Sebenarnya, pagi-pagi tu Acik Gee dah mesej ibu, ajak breakfast kat cafe Akuatrop, sebab dia tahu ibu tinggal seorang bila Ayah dan anak-anak balik Jengka 2 malam. Ajak Acik Ummu sama. Lepas lawat bilik baru diorang kat blok Akademia, ibu ajak diorang teman ibu beli emas.

Taraaa.. inilah 2 bentuk cincin (saiz 16 dan 17) yang ibu pilih hasil daripada saguhati Ketua Penyelaras OMK 2023 (2 tahun peram duit 1K) dan hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 (terima pada 21 Ogos 2025, juga 1K). 


Dapat ole-ole daripada kedai emas. Terima kasih Gee dan Ummu temankan!