Thursday, July 13, 2023

Tak nak pegi rumah Cik Ain

Adik had recently refused to go to her Nanny's house. She preferred staying at home. Kebetulan shift kerja ayah bertukar daripada Off dan Rest Day pada Ahad dan Isnin (2 hari) kepada Ahad hingga Selasa (3 hari). Makanya kalau sebelum ni Adik pergi rumah Cik Ain 3 hari seminggu, sekarang dah jadi 2 hari sahaja. Semakin kurang kerap hantar, semakin beratlah Adik nak pergi. Biasanya kami akan kalut-kalut hantar awal pagi masa dia masih tidur, supaya tak perlu nak layan ragamnya. 

Pagi ni, sedang ibu bersiap, tiba2 kedengaran ketek ketek tapak kaki melangkah. Alala..dah bangunlah pulak. Ayah dah pergi kerja awal lagi. Ibu tanya, hari ni Adik pergi rumah Cik Ain ya? Main dengan baby Cik Ain. Adik angguk. Allahu! Leganya rasa. Lepas suruh ke tandas, gosok gigi, kami pun keluar. Ibu terfikir, nak reward Adik sikitlah pagi ni sebab baik sangat.

Adik: Ibu nak naik motor ayah punya?

Ibu: Ya.

Adik terus panjat duduk di belakang ibu. Letak Bebear Merah di antara kami. Peluk ibu.

Ibu: Adik duduk depanlah. 

Adik: Tak nak. Nak duduk bakang.

Ibu: Ibu letak dalam bakul ya (Bebear). Bahaya, takut Adik jatuh.

Adik terus mengesot lebih rapat dengan ibu dan peluk lagi. 

Ibu: OK, kita gerak ya. Adik peluk ibu. Jangan senget2.

Adik: Ote.

Seketika kemudian, dengan kelajuan 20km/j.

Adik: Ibu, laju lagi Ibu, laju lagi.

Ibu: Tak boleh lah, bahaya. Dengan ayah boleh bawa laju. Ha.. dah sampai. (200m je jarak)

 Adik turun motor dan terus jalan masuk rumah Cik Ain.

 

Girangnya dapat naik motor dengan Ibu.

Alhamdulillah, senang hati ibu pergi kerja hari ni.

No comments:

Post a Comment