Monday, June 22, 2015

Ramadhan 1436H

Hari ni dah 5 Ramadhan. Kakak tak cuba berpuasa pun lagi. Ayah kata Kakak kena pastikan solat cukup 5 kali sehari baru puasa. Tak nak Kakak penat2 puasa tapi tak solat. Hamdi pula malam ni dapat ikut Ayah terawikh di masjid; 2 malam berturut2.

Eh! Cepatnya Abang balik?
Dia buat perangai pulak. Masuk dalam kain!
Haha..

Sunday, March 15, 2015

Abdullah Hadif Bin Mahaidi

Gambar pertama Hadif, di wad kanak-kanak HSNZ.

EDD ibu untuk kelahiran ke-3 ini adalah pada 11 Nov 2013. Tarikh yang agak cantik. Oleh sebab Hamdi lahir awal 2 minggu, jadi kali ni ibu ambik cuti bersalin lebih awal. Nak berehat-rehat di rumah konon-kononnya. Dah rancang nak masak-masak dan ajak Cikni, Cik Siti dan Cik Noor makan tengahari di rumah. Rupanya tak sempat sekali pon. (",)

Abdullah Hadif lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 5.30 pagi, 8 November 2013 dengan berat 3.45 kg. Alhamdulillah cukup semua sifat. Hidung kembang, tapi nampak tinggi sikitlah batangya kalau dibanding dengan yang lain. Keturunan ibu, tak boleh lari. Hehe. Selepas disusukan, Hadif dihantar ke wad kanak-kanak untuk rawatan susulan. Kenapa? Nanti cerita lain.

Pengalaman bersalin kali ni, sakit sangat! Err... 2 kali yang sebelum pun sakit juga, Haha. Biasalah sakit bersalin. Mana mungkin tak sakit bila seketul objek dengan diameter ?? cm (x ingat) nak keluar dari lubang yang sempit.

Masa Mawaddah, dia post-date. Ibu kena masukkan ubat 2 biji untuk cetus dan galakkan kontraksi, supaya Kakak boleh keluar melalui laluan normal. Sakit sangat yang panjang buat ibu tak cukup kuat masa meneran, Kakak asyik tersedut masuk semula ke dalam. Lambat sikit Kakak menangis bila keluar. Ibu kena marah dengan nurse sebab nampak gave up masa meneran tu. Ibu dah penat, rasa nak tido.

Hamdi pula, banyak kali juga ibu meneran. Keluar masuk juga. Ibu dah bersedia dan bertenaga, cuma tak pandai nak meneran. Bila keluar, Hamdi kena masuk wad kanak-kanak terus sebab jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa. Leher dia terbelit tali pusat sikit juga rasanya.

Kelahiran Hadif pula, testimoni Ayah, penyokong setia ibu di setiap kelahiran, adalah yang terbaik. Ibu teran tak banyak kali. Ibu pandai 'curi nafas' kali ni. Nak cerita pun tak tau macamana buat. Tak pernah praktis, tiba-tiba jadi masa tu. Alhamdulillah. Masa tu cuma ingat nak keluarkan bayi cepat. Tak nak jadi apa-apa komplikasi pada dia disebabkan ibu tak berjuang sekuatnya untuk keluarkan dia. Dalam dok curi nafas tu, terangkat sikit punggung, 'krakkkk..' terdengar bunyi koyakan di bawah. Tak apa lah, ibu teruskan juga teran sampai Hadif keluar. Lega rasa. Tapi lepas tu tak habis takbir tiap kali jarum masuk keluar masa nurse jahit luka; sakit yang lebih sakit daripada bersalin!        

I love you sayang.

Saturday, March 14, 2015

Tidur dan mandi

Mandi adalah perkara yg disukai oleh mereka bertiga. Boleh duduk berjam-jam dalam bilik air tapi kepala tak basah pun. Kalau air yang mencurah-curah masuk ke longkang tu boleh terus bersihkan apa sahaja yang dilaluinya, mesti berkilat longkang kita.

Bila disuruh mandi, biasanya:

NMW: Baiklah ibu. Kakak mandi sekarang.
AHM: Eh! Amir dah mandi lah tadi. Cikgu siram.
AHD: (Tak payah suruh-suruh. Bila abang kakak masuk bilik air, terus angkat baju, sendiri masuk bilik air dan buka paip)

Tidur malam pula paling tak seronok. Hampir setiap hari bergaduh bila nak suruh tidur.

Antara dialog bila disuruh tidur:

NMW: Kakak tak boleh tidurlah. Ibu/ayah tepuklah kakak.
AHM: Amir nk tinge (telinga) ayah jugak!
AHD: Aatekkk...

Masa berlalu

Kali terakhir blog ini ditulis, Hamdi baru berusia 39 hari.

Hari ini anak ke-2 ibu itu dah 3 tahun 7 hari. Kakak Nur Mawaddah dah nak masuk 5 tahun Jun ini. Oh ya! Kami dah ada anak ke-3, Abdullah Hadif namanya. Bukan baru lahir. Dah 1 tahun 4 bulan 6 hari pun.


Hadif (kiri) yang kuat mengusik menepuk air dalam bekas supaya terpercik ke muka abangnya Hamdi. 

Bercita-cita nak buat jurnal keluarga untuk ingatan anak-anak khususnya bila besar nanti, tapi tak tertulis-tulis dalam buku yang dah sedia. Mungkin kami boleh cuba mula menulis di sini. (",)