Sunday, March 7, 2010

Hari yang gembira bertukar cemas

Semalam abang bawa aku gi mandi air terjun Sekayu. Yey!!! Lama sangat dah aku minta. Ingat dekat je, rupanya adalah dalam 70km juga dari rumah. Takpelah, teringin punya pasal.

Selepas berhenti solat zohor di masjid Sekayu, kami terus menuju ke air terjun yang letaknya dalam 300m dari situ. Pilih lokasi yang agak strategik, yang ada tempat boleh bentang tikar dan letak barang2 tapi masih berada dalam jarak pandangan dari tempat berendam. Dah berapa kuarga bersilih ganti berkelah berdekatan dengan kami, tapi kami tak habis2 lagi. 2 jam aku berendam sampai puas hati.

Dalam pukul 11 mlm, aku dapati ada kelainan pada vaginal discharge aku; ada warna coklat kemerahan. Keluar bilik air, cakap dengan abang. Abang mula gelabah. Aku buka buku merah, tengok apa perkara yang memerlukan segera ke klinik/hospital. Mmm.. kelainan pada discharge pon termasuk. Telefon klinik panel, doktor tengah ada patient. Penyambut telefon tak nak sambung talian, suruh datang terus ke klinik. Risau kalau2 itu hanyalah perkara biasa sebab aku penat berendam pada siang harinya, aku telefon Dr. Azlina, salah seorang doktor di klinik panel tu tapi sedang cuti bersalin.

Dia tanya sama ada perut aku rasa sakit, sama ada aku ada jatuh atau terseliuh masa pergi berkelah tu. Tapi semua jawapannya tidak. Baby pon masih menendang2 lagi walaupun dah hampir tengah malam. Katanya warna coklat kemerahan tu bermaksud ada berlaku pendarahan di dalam. Jadi dia cadangkan aku pergi juga ke klinik, scan, tengok macamana. Kami bergegas pergi.

Tak lama menunggu, dapat jumpa Doktor. Alhamdulillah doktor kata tiada masalah dalam pemerhatian dia. Mungkin berlaku sedikit pendarahan pada dinding rahim. Uri pon masih berada pada kedudukan yang baik walaupun sedikit ke bawah. Bila aku kasitau yang kami pergi air terjun, dia kata mungkin itu jadi salah satu puncanya. Bila berendam, mungkin ada sedikit air masuk ke dalam faraj. Kalau berendam dalam air kolam renang pon sama. Katanya lagi, lepas ni kalau2 berlaku pendarahan (fresh blood), terus pegi ke hospital. Tapi kalau setakat discharge yang sama, dalam sehari dua, takpelah. Tapi kalau berlanjutan, kena pergi hospital juga. Doktor pesan supaya aku banyakkan berehat.

Alhamdulillah semua selamat. Baby pon masih gerak lagi hari ni, walaupun kurang aktif banding hari2 sebelumnya. Mungkin penat berendam sama ngan ibu semalam dan tidur lewat sebab beria2 menendang di tengah malam untuk menunjukkan pada ibu yang dia masih sihat di dalam. Thanks sayang. (",)

2 comments:

  1. huhu.. risau plak aku. take care ok!

    ReplyDelete
  2. wah best nya ke air terjun sekayu. dah lama aku x gi situ walaupun x jauh dari rumah aku. :)

    ReplyDelete