Wednesday, January 13, 2010

Rasa apa tu?

Pagi hari ni, masa bercakap dengan abang, tiba2 terasa satu denyut kat perut sebelah kanan. Tak lama kemudian, terasa lagi sekali, di tempat yang sama. Pelik.

Di pejabat, sedang aku tekun buat kerja, tiba2 sekali lagi terasa denyut tu. Di sebelah kanan perut juga. Tulis status di FB, kawan2 kata mungkin baby dah mula kicking.

Tengahari tak terasa apa2 dah. Tapi perut mengeras. Tak pelik, sebab selalu jadi dalam 2 minggu ni. Mungkin dia main2, panjat2 perut lepas dapat makan chicken chop. Hehe. (Makan di restoran yang dibuka oleh pelajar Sains Makanan untuk keperluan kursus yang diorang ambil semester ni.)

Malam ni, sekali lagi, sedang aku kusyuk membaca buku, tiba2 terasa lagi denyut tu. kali ni di bahagian bawah perut. Bukan sekali, berkali2, berturut2. Tiba2 ada satu lagi rasa yang pelik, rasa sesuatu bergerak, seakan berputar, juga di kawasan yang sama.

Dia ke yang bergerak? Atau khayalan aku sahaja? Abang, kalau lah abang boleh rasa... seronoknya! (",)

2 comments: