Sunday, January 31, 2021

Peristiwa berdarah di Subuh hari

Tup! Bok! Huwaaaaaaaaa....


Serentak dengan takbir "Allahu akhbar!' dari mulut ayah, berlari ibu masuk ke dalam bilik. Ayah tengah dokong adik sambil cuba lihat kalau ada luka di mana2.  Baby Chomender jatuh katil!


Ibu terus ambil, pujuk dan cuba susukan. Baby masih terus menangis kuat. Tiba2 ternampak warna merah di mulutnya. Terus ayah ambil sapu tangan dan lap darah tersebut. Gusi/bibir sebelah dalam baby berdarah. Belek2, nampaknya hanya bahagian itu sahaja yang terkesan. Bibir atas kanan menjadi sedikit bengkak. Juga bahagian antara bibir dan hidung ada kesan merah. Mungkin bahagian itu yang pertama terhantuk dengan lantai. Bila dah tenang sikit, baby mula menyusu dan alhmdulillah boleh bermain terus lepas tu dengan abang2/ dan kakak2.


Ini kali pertama Mardhiah jatuh katil. Dah umur 10 bulan. Tidur lasak sangat pun, asyik beralih tempat. Sementara nak besar, gitulah. 


Moga Allah terus lindungi adik, amin.

 

Wednesday, January 27, 2021

Madihah datang lagi

Madihah : Ibu dah siap kerja ke belum?

Ibu : Belum sayang. Kenapa?

Madihah : Diha nak main dengan ibu.

Ibu : Ajak lah ayah main.

Madihah : Ayah tengok tv. Diha nak main kat luar. 

Ibu : Belum redup lagi sayang. Ibu siapkan kerja dulu. Kejap lagi kita main ya. Jemput baby, lepas tu kita main lari2 macam semalam.

Madihah : Senyum dan berlari keluar bilik.


Anak2 mahukan perhatian daripada ibu yang tengah sibuk buat kerja; daripada yang kecil sampailah yang paling besar Si Kak Long pun. Bukan ayah tak layan, tapi anak2 memang nak ibu juga turut layan mereka. Itulah anak2.

Ibu siapkan tugasan2 sedia ada ni dulu, moga Allah lapang dan permudahkan. Insyaallah ibu akan usahakan seterusnya untuk bahagi masa dengan lebih baik lagi tahun 2021 ini supaya dapat berikan lebih perhatian pada anak2, walaupun masih terus bekerja sepenuh masa.   


Kacak

 Tiba-tiba Madihah berlari datang dan bercakap dengan suara pelat manjanya.


Madihah : Ibu, ibu kawin dengan ayah sebab ayah kacak ke?

Ibu : Errr.. ibu kawin dengan ayah sebab ayah baik. Nanti Kak Chik bila besar, cari lelaki yang soleh ya untuk jadi suami.

Madihah : Tapi Diha budak lagi.

Ibu : Yelah, bila Kak Chik besar nantilah.


Madihah berlari keluar. Ibu senyum. Semoga Allah lindungi anak2 ibu dan diberikan pasangan yang soleh dan solehah yang dapat membawa mereka ke syurga Allah. 



COVID19

Setahun berlalu sejak virus Corona menonjolkan diri. 

Bersilih ganti sudah PKP, PKPB, PKPP.

Norma baharu hampir sebati; mask, penjarakan fizikal, PdPR, WFH.

Cabaran yang datang, membawa hikmah, pasti . 

 

Wednesday, March 25, 2020

Adik Baby dah keluar!

Alhamdulillah ibu selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 20 Mac 2020, 1.59 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan berat 3.64 kg.

Nur Madihah nak jadi Kak Chik dah!

19 Mac 2020:

Wah! Bersawang sangat dah blog ni nampaknya. Nur Madihah yang belum lahir dulu, dah nak dapat adik dah skrg.


Saturday, April 9, 2016

Temu Murni Tadika Wadi Ez Zahra

Hari ni ada program perjumpaan dengn ustazah Tadika untuk bincang tentang kemajuan pelajaran Mawaddah.

Antara komen ustazah Siti, guru kelas Mawaddah tahun ni:

  1. Mawaddah sangat banyak bercakap dalam kelas. Sampai ustazah suruh berhentu cakap. Lepas tu Mawaddah mesti kata "Mawaddah tak boleh berhenti cakap".
  2. Mawaddah dah boleh membaca.tak perlu eja satu-satu dah. Dia akan mula baca buku 5 tak lama lagi. Ada juga kawan lain yang masih membaca buku 2 atau 3.
  3. Mawaddah sensitif. Ada masa ustazah marah sbb tulis tak elok, nampak Mawaddah nangis smbil tulis semula.

Ustazah Dina pula kata Mawaddah ok dengan matematik. Bila suruh buat, tak perlu ajar. Dia buat sendiri. Ustazah boleh ajar kawan lain yang masih kurang jelas lagi.

Ibu bagitau ustazah yang Mawaddah dah tahu darab dan bahagi sikit-sikit. Dia yang nak belajar sendiri, bukan ibu suruh. Ustazah Dina kata tak tahu sebab dalam kelas belajar tambah dan tolak je. Tapi ustazah memang ada terdengar Mawaddah cakap-cakap dengan kawan-kawan tentang darab dan bahagi.

Ibu pun tak tahu apa faktor yang mempengaruhi tapi Kakak memang sangat suka nombor. Rasa ingin tahu kakak membuak-buak bila.berkenaan nombor. Kakak belajar bahasa Inggeris dan Arab juga melalui nombor. Sampai dah nak pejam mata tido malam pon masih teka ibu lagi hasil darab.

Kakak kata dia bercita-cita nak jadi cikgu matematik. Untuk budak-budak umur belum 7 tahun. "Kalau murid kakak buat salah, kakak tak marah pun. Kakak duduk sebelah dia, ajar sampai boleh buat."

Semoga niat murnimu dipermudahkan Allah sayang. (",)