Wednesday, October 13, 2021

Mahasiswa Lanjut Usia

 

Ayah pergi buat Medical Checkup di Klinik Durrani, tanpa XRay, lepas tu terus upload dokumen ke dalam sistem. Sekali dapat feedback begini: 

Ko rasa? Sentaplah member. Bukan sebab yang pertama, tapi yang kedua. Hahaha... 

Lepas buat XRay di Klinik Hijrah, hantar sekali lagi laporan, alhamdulillah, akhirnya hari ni Ayah awak sah secara menjadi pelajar semula, walaupun rasanya masih lagi Obese 1. 😄

Ibu nak kena setup meja sekolah Ayah pula utk 4 tahun. Moga dipermudahkan segala urusan Ayah dan kita semua. 



Jom sekolah sama2! 💪💪


Monday, October 11, 2021

Pong

Ibu buat kerja di meja komputer, dia tarik nak minum susu. Bagi bantal kat ibu. Tiba2 dia bangun, pergi ke ruang tamu, heret bantal golek dia, baring dan belek remote di tangannya sambil sebut Pong.
Ayah keluar dari dapur, terus gelak sambil kata, "Macam biasa kulihat pemandangan ini." 😔

Sebenarnya, siang tu ibu terperasan, dia pandang muka ibu yang sedang tengok telefon masa menyusukan dia. Terus ibu berhenti dan beri perhatian kat dia. Tak sangka pula dia copy malamnya. 

Remote yang dia pegang tu ibu tak tahu asal dari mana. Tapi ibu simpan elok2 kat meja kerja ibu, kot2 dapat jumpa kegunaannya, maka boleh gunalah. Sekali budak kecik ni dah pandai selongkar pejabat ibu, usung ke hulu ke hilir, celup air lagi. Maka, eloklah jadi Pong dia.

Punyalah dia sayang Pong tu, tak lepas langsung. Menangis sungguh2 kalau Kakak rampas dan sorokkan. Tengok, sampai tertido di lantai, pun dengan Pong di tangan... macam ibu bila tertido masa menyusukan dia 😅. 


 

Saturday, October 9, 2021

Tak suka ibu kerja

 


Bila ibu duduk je di meja komputer, untuk siapkan poster dan video pertandingan yang ibu nak masuk, dia pun terus datang panjat kerusi. Duduk belakang, cuba capai itu ini dari meja ibu, lepas tu duduk atas riba, cuba tekan keyboard atau mouse ibu. 

Ibu decided to print the prepared poster, to review it at the main hall's table. Dengan segala macam kepayahan, ibu berjaya cetak. She followed Ibu, pusing2 kejap, terus naik sofa, tengok tv sambil senggeng badan kat abang. Tak kisah pun kat ibu. 

Sabar jelah. 😄

Tuesday, October 5, 2021

Tok dah takde

 2 September 2021


Tiba-tiba saya terjaga, lampu di luar bilik masih terpasang. Lantas saya tertanya-tanya pada diri sendiri, "Pukul berapa ya?".


Saya terus bangkit dan keluar dari bilik. Sekilas saya menoleh ke arah jam,"Hmmm... pukul 1:24 pagi." Saya segera bergerak ke ruang tengah untuk membacakan Yasin lagi untuk Tok yang sedang sakit.


Sesampainya saya, kelihatan Tok terbujur kaku di atas katil dengan semua orang mengelilinginya; Tok Nyang, Tok Lang berdua, Ayah, Ibu, Pak Ngah dan Mak Su. Ibu berbisik ke telinga saya,"Tok dah takde".


Ya, pada tarikh 29.8.2021, Tok telah meninggalkan dunia ini.


Allahu Akhbar, rindunya pada Tok. Rindu suara Tok,wajah Tok. Namun, Tok telah pergi selamanya dan takkan kembali. Semoga Allahyarhamah Tok Mahni binti Abdullah diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke syurga. Amin.


-Mawaddah-



Perkataan Mardhiah

 1 September 2021


Assalamualikum warah matullah hi wabarakatuh. Ini blog pertama yang Mawaddah tulis. Hari ni Mawaddah nak senaraikan perkataan yang adik busu Mardhiah dah boleh cakap.

 

• Tu

• Tak (Cak)

• Tak O-Tak O (Otak-otak, dia mula sebut bila ayah cakap"Otak, otak" tapi biasanya dia cakap je bila-bila pun).

• Haiwan : Cak (Cicak, Mardhiah guna bila nak tunjuk cicak), Nyo (Kucing).

• O kakak o kakak.

• Tot (kentut).

 

Selebihnya,Mardhiah ikut saja apa yang kita kata.


Dah besar adik kak long. Tu sahaja daripada Mawaddah. Assalamualaikum.