10 Jun 2021, Khamis : Selepas hampir setahun 3 bulan Nur Mardhiah dilahirkan, akhirnya dapatlah Ayah Ibu sempurnakan majlis aqiqah untuk awak. Dah besar dan pandai kemain lagi awak sekarang ni.
Kami dah niat nak buat kenduri di rumah Terengganu untuk awak. Tapi oleh sebab awak lahir hari ke-3 PKP, yang diikuti oleh PKPB dan PKPP (yang dah lost count bilangannya), dan sekarang kita masih lagi dalam PKP (versi 3.0), maka kami buat keputusan untuk teruskan sahaja majlis ini secara drive-thru.
Ayah tempah dengan Pakcik Zaaba nasi minyak, kambing beriani dan topup ayam masak merah (disertakan juga jelatah dan sambal belacan). 60 bekas dapat disediakan dan dihantar ke rumah kita dalam pukul 2 petang.
Tapi sebab ibu ada kelas sampai pukul 4 petang, jadi lepas asar baru kita keluar hantar. Agih kepada jiran-jiran keliling rumah dan lain2 dari Kg Pecah Rotan sampailah ke Kg Tok Jiring. Sampai rumah pukul 8 malam. Tak sangka punya lama ambil masa untuk penghantaran. Ada berbaki 13 bekas, ayah bawa ke masjid 9 dan selebihnya untuk kita makan malam.
Pakcik Zaaba beri kita kepala kambing yang telah dimasak beriani. Tapi tak berapa boleh tanggal isinya, jadi ibu masak semula dalam presure cooker, kemudian kita buat sarapan esok paginya, makan dengan paratha segera. Marvellous!!!
-Kos makanan utk kenduri ini adalah RM1000+RM650.