Thursday, February 25, 2010

Kerja

Ngape lah budak2 ni tak jawab soalan sama cam skema? Senanglah sikit aku nak tanda. Ni tak, macam2 jawapan keluar. Penat membelek nak kasi markah. Ikut hati nak pangkah besar je terus. Tapi aku tidaklah sekejam itu. (",)

Jantina

31 Januari kali terakhir ibu dan ayah pergi tengok baby kat Pusat Perubatan Intan. Ibu suka tengok baby. Dah besar sangat. Dah tak boleh nak nampak semua2 dalam satu gambar macam masa 3 bulan dulu. Kali ni ibu dan ayah dah nampak tulang belakang baby, tulang rusuk dan juga denyutan jantung baby dengan sangat jelas. Ayah tanya jantina baby kat Dr. Belek punya belek, Dr tunjukkan sesuatu dan kata "Rasanya baby * ni. Tapi tak pasti sangat. Kalau scan pulak bulan depan insyaAllah jelas."

Ibu ngan ayah takde preference baby boy atau girl. Jadi kami gembira je walau yang mana pon kami dapat. Yang penting cukup sifat dan sihat.

Ramai orang bertanya, tapi ibu selalu jawab "Rahsia". Bukan apa, Dr. pon tak pasti, malas lah nak cakap2. Kadang2, walau doktor dah sahkan berkali2, tetap lain jantinanya bila lahir. Kuasa Tuhan yang maha besar.

Lagi pun, ibu seronok dengar orang berteka teki. Ada yang kata baby boy sebab bentuk perut ibu muncung ke depan dan aktif sangat menendang. Ada yang kata girl sebab cam malu2 dan sebab ibu tak berapa suka makan daging masa ngandung. Ada juga yang kata mungkin baby girl tapi ikut pesen ibu, itu pasal aktif sangat di dalam. Macam2 lah lagi petua2 itu dan ini yang diberitahu oleh kawan2 yang ibu cuba untuk teka apa jantina bayi ibu ni. Saja seronok2. Hehe.

Minggu depan dah masuk trimester ke-3. Ini bermakna ibu dah mula kena kira bilangan kali baby menendang dan catat dalam buku merah. Kalau sekarang pon dah menendang berpuluh2 kali sehari, minggu depan camne lah agaknya? (",)

Kejang kaki

Dalam buku panduan kehamilan ada cerita pasal kekejangan kaki, dalam bab untuk trimester pertama. Aku jadi tertanya2 macamana rasa kejang tu, sebab aku cuma ada rasa kebas kaki je, pon jadi bila dah dalam trimester ke-2, tapi abang kata itu bukan kejang.

Isnin pagi yang lepas, aku tersedar kul 4pg. Dah jadi kebiasaan, kalau tersedar, seluruh badan akan meregang secara refleks. Tiba2, ya Allah! sakitnya betis ni. Terfikir mungkin itulah yang dikatakan kejang. Teringat apa yang dibaca dalam buku tentang cara utk hilangkannya. Aku tarik tapak kaki ke atas dan picit2 sikit bahagian betis. Alhamdulillah kurang rasa sakit. Terlelap semula. 2 jam kemudian, kejadian yang sama berulang kembali, tapi kali ni kaki kiri pula. Buat langkah yang sama.

Bangkit dari katil, terus ambil buku panduan dan baca faktor2 penyebab berlaku kejadian tu; i.e. malam yang sejuk, banyak berdiri atau duduk di sepanjang hari dan kurang kalsium. Mmm...sepanjang minggu yang lalu, aku bercuti, travel jauh beribu kilometer, dengan kereta. Kuala Terengganu - Gambang - Temerloh - Alor Star - Temerloh - Jengka - Kuala Terengganu. Memang lenguh betul kaki ni. Naik bengkak dah pon sikit. Mungkin itu faktor utama. Ditambah pula malam tu entah macamana aku boleh mandi betul2 sebelum tidur, kul 11mlm. Konon2 takut tak lena tidur, sekali jadi mende lain pulak. Pasal kalsium tak taulah pulak. Aku minum je susu ANMUM, tapi mungkin masih tak cukup lagi kot.

Aku mengambil pengajaran daripada kejadian malam tu dan tak buat perkara2 yang boleh buat aku kejang lagi pada malam2 seterusnya. Alhamdulillah ia belum berulang lagi dan harap2nya tak akan berulang.

Tendang

Anak kami kuat menendang, terutama kalau dia lapar.

Ada suatu hari tu, dah hampir pukul 1 ptg, aku masih mengajar dalam kelas. Tiba2 aku terasa 'visualiser' yang terletak betul2 kat sisi kanan perut aku bergerak sedikit. Dia tendang. Tersenyum sorang2 aku dibuatnya. Harap takdelah mana2 student yang perasan. Aku biarkan dulu, nak habiskan juga apa yang dah plan nak ajar. Tiba2 dia bagi lagi sedas. OK OK...lapar sangat lah tu. Aku pon tamatkan kelas, cari makanan.

Kenapa aku kata dia yang lapar, bukan aku? Sebabnya kerap kali juga aku tak terasa lapar langsung, bila tiba2 dia menendang2, barulah perut tu terasa berkeroncong. Dan terasa nak makan masa tu jugak. Tak leh tunggu dah.

Kejadian dalam kelas tadi sebenarnya adalah kali pertama yang tendangan baby boleh dirasai sampai ke luar/kulit. Sebelum ni aku sorang je yang dapat rasa bila dia tendang. Abang sampai jadi cemburu sebab aku selalu cerita baby tendang sana sini, pada masa itu dan ini, tapi dia tak dapat nak rasa.

Bila abang balik hujung minggu tu, masa dok dalam kereta, baby menendang2 lagi. Mungkin sempit agaknya kat dalam tu bila aku duduk. Cepat2 ambil tangan abang dan letak di perut. Dia dapat rasa! Senyum. Bahagia.

Baby ni nampak macam malu2 sikit mula2. Kalau tangan lain yang pegang perut ibu, baby terus diam walau sebelum tu dok tendang bagai nak rak. Ibu wonder camne baby leh tau itu bukan tangan ibu. Tapi bila dah biasa ngan tangan lain tu, dia tak kisah dah. Tendang jugak. Ngan ayah dah biasa. Ngan acik Yani, acik Noor dan acik Siti baru nak berkenalan. Sikit lagi OK lah tu, kan baby?