Wednesday, October 28, 2009

Bosan

Terasa bosannya dok di sini. Tak larat nak tido dah rasa. Tapi dok di mana yang tak bosan? Hmm...

Mungkin dah masanya untuk beli tv sebiji.

Tuesday, October 27, 2009

Alahan

Ada orang kata alahan tu psikologi je. Itu pasal kita dengar orang mula muntah2, tak boleh makan itu dan ini sebaik saja tahu yang diri tu berbadan dua. Kalau tak tahu, ok je.

Jadi untuk membuktikan kebenaran atau ketidakbenaran kata2 tu, aku kuatkan semangat, motivasikan diri sendiri supaya terus makan dan tidak terlalu memikirkan yang aku sedang berada dalam fasa alahan.

Minggu pertama (selepas disahkan ngandung):

Bukan setakat boleh makan, tapi makin kerap makan. Perut asyik rasa lapar. kalau dibiarkan, masuk angin, mula rasa nak muntah. (Sebenarnya sejak bujang lagi aku memang jenis muntah bila badan masuk angin. Jadi aku anggap ni perkara biasa, cuma ia jadi dengan lebih kerap lagi pada masa ni.)

Satu pagi, aku terasa nak sangat makan nasi lemak, tapi tak nak beli kat kedai. Nak makan yang sendiri masak. Nasiblah semua bahan pon dah ada di rumah. Nikmat sangat rasanya. Petangnya, terasa nak makan sup ayam pulak. Tapi nak makan yang sendiri masak juga. Hai, macam2... layankan jelah.

Hari terakhir kerja, ada jamuan makan di fakulti. Menu: Nasi minyak dan nasi dagang. Antara yang awal datang, nampak banyak betul minyak yang bergenang di permukaan gulai daging. Perut tiba2 terasa semacam. Hari2 sebelum tu OK je. Mmm..macam ni lah kot rasanya yang sampai orang tak boleh makan yang berminyak.

Hujung minggunya aku balik kampung untuk kenduri kawin 2 pupu. Semangat sangat nak makan lauk kenduri, tapi bila tengok je lauk2 dalam dulang buffet, terus selera berkurangan. Ambil jugalah serba sedikit, tapi end up tak boleh nak habiskan. Perut dan tekak dah rasa lain. Abang suruh berhenti. Nanti muntah, menyakitkan je kata dia. Untuk kawan2 yang mengenali, aku ni memang jenis makan habis punya. Bukan setakat pinggan aku bersih, pinggan kawan2 pon aku tolong bersihkan, walaupun perut dah kenyang. Bila jadi macam ni, rasa tak seronok. Tapi apa boleh buat.

Dalam minggu tu juga aku perasan yang aku mula rasa geli dengan beberapa jenis binatang dan kekotoran. Bau hanyir masa siang ayam pon meloyakan, tapi alhamdulillah dapat bertahan.

Minggu ke-2:

Minggu tak lalu makan. Tapi perut lapar. Paksa juga ke kedai makan. Lauk2 yang ada semuanya tidak membuka selera. Ambil nasi putih dengan ikan kembung bakar kosong, air asam. Esoknya keadaan yang sama. Makan nasi putih degan telur masin sebelah. Rasa rugi makan simple2 gitu kat kedai,esoknya pula balik rumah masak bubur nasi kosong. Masa2 yang lain aku makan roti dan buah je.

Jumaat, kawan pejabat jemput datang makan di rumah. Risau juga bila nampak menunya nasi beriani. Alhamdulillah nasi tu cam kering, tak berminyak2. 2 pinggan aku makan. Lazat betul!

Minggu ni juga seluruh badan aku mula rasa sakit2. Yang bahagian atas memang sejak dari pindah ke Terengganu lagi dah mula sakit. Masa ni, pinggang hingga ke tapak kaki terutamanya mula terasa bisa2. Duduk di pejabat, letak kaki atas kotak. Tido malam memang jenis kaki atas bantal. Tapi masih sakit. Sampai je rumah dari opis, terus terlentang kat ruang tamu. Tiap malam tido awal.

Sabtu dan Ahad kuarga mertua nak datang. Risau juga tak dapat nak layan diorang dengan baik. Yelah, dengan badan sakit2 gitu, dengan tak rasa nak memasaknya. Tapi alhamdulillah bila diorang ada, lupa semua rasa tu, seketika. (",)

Minggu ke-3:

Minggu ni bermula dengan beberapa siri muntah2. Perut rasa bergelora dan kemudian melonjak keluar. Penat.

Hari ni alhamdulillah masih ok. Pagi tadi dapat makan jemput2 pisang goreng sendiri, nasi minyak, donut dan karipap beli dengan jayanya.


Bila dikenang2 cerita ahli kuarga dan kawan2, aku kira kisah ada yang aku alami taklah seteruk mana. Bagi aku setakat hari ni, walau sekuat mana motivasi diri, kehadiran insan kecil yang berkembang di dalam badan ni sedikit sebanyak pasti menyumbang kepada fasa alahan ni. Terima kasih ya Allah. Semoga Kau terus beri kemudahan kepadaku sepanjang menjalani proses kehamilan pertamaku ini, amin.

Monday, October 26, 2009

8 weeks

It was Sunday October 11, 2009.

Bila tarikh hari pertama period terakhir awak?
14 Ogos.
(Godek2 anak panah pada satu kertas berbentuk bulat) Hmm..Kita scan teruslah. Dah banyak minggu ni. Boleh nampak dah rasanya. Kite tengok sama ada kandungan di dalam atau di luar rahim.
Ha? Dah terik pundi kencing ni, 2 jam menunggu. Ingat Dr. nak test air kencing.
(Senyum) Takpelah, lagi bagus. Lagi senang nak nampak.

(Baring atas katil)
Londehkan sikit kain ye.
Dr., boleh ke suami saya tengok sama?
Boleh. (senyum)
(Sambil golek2kan alat ultrasound kat kawasan sekitar bawah pusat) Ni dah nampak dah sarungnya. Sahlah awak mengandung.
Yang mana Dr.?
Yang bulat kecil ni. Dalam 6 minggu. Ini rahim awak. Yang tu bladder, nampak besar sebab penuh kan tadi.

Tapi awak period 14 Ogos kan? Jadi kira 8 minggu lah. Due 21 Mei tahun depan. 2 bulan lagi awak datang sini semula, kita check dan tetapkan tarikh sekali lagi. Lepas tu baru awak pergi buat kad di klinik kerajaan.

.
.
.

Alhamdulillah. (",)

Thursday, October 22, 2009

Selamat datang!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Saya dah tak lagi tinggal di 'another side of the world' (i.e. Oslo, Norway). Saya dah kembali bertugas di bumi Darul Iman, Malaysia.

Jadi, dengan ini saya mulakan blog yang baru. Selamat membaca!