Sunday, December 4, 2011

Banyak cakap

Setahun enam bulan. Semakin usianya bertambah, semakin banyak cakapnya. Oleh sebab tak sempat catat dalam blog ni, dah terlupa bila dia mula2 sekali keluarkan perkataan yang lengkap. Sehingga hari ini, antara yang dah dikuasai adalah:

-Amin. (Bila nak makan atau mulakan perjalanan, dia angkat tangan berdoa smbl panggil ayah/ibu untuk baca. Dia akan amin kan je.)
-Laailaahaillallah, Muhammad Rasulullah. (Untuk tidurkan ibu ayah bebear dan juga diri sendiri.)
-Ayah sitbet, bubu sitbet. (Bila duduk je dalam kereta, untuk pastikan ayah dan ibu pakai tali pinggang keledar) 
-Assalamu'alaikum, Wa'alaikumussalam. 
-I you. (I love you)
-Nurmaddah (bila ditanya siapa nama?), Di (bila ada soalan tambahan Binti?)
-Bubu (Ibu), Ayah, Atuk, Wang (pengasuh org Terengganu), Nenek, Tuk Nenek (Moyang), Cikni (Acik Ilyani), Tatak (kakak), Abang, Baby (semua kanak-kanak dan bayi walaupun saiz besar daripada dia), Adik baby (adik dalam perut ibu sekarang).
-Mer (kurma), tees (keju/cheese), jejen (vitagen), cucu (susu), air, let (coklat), acik (nasi), tot (biskut), mi, apar (lapar), cayo (sayur), cup (sup)
-daap (sedap), anis (manis), dass (pedas), acam (masam), nyaammm (sambil masukkan ibu jari dan telunjuk dalam mulut sbg tanda makan), ome (comel), atik (cantik), ucuk (busuk), atal (gatal)
-lovely day (bila tengok iklan 'tak ingat apa'), cepo-cepo (bila tengok iklan jom heboh), Bum bum cici bum (Ciki Bum, cerita kanak-kanak kegemaran, di tv2 setiap sabtu 8-8.30pg shj.- sebut selalu, bukan setakat masa cerita)
-ayang mama (ucap sayang ibu sambil cium mulut ibu)
-nanak ayah (bila merajuk atau marah kat ayah, tak nak ayah pegang/ambil dia, dia akan sebut sambil tolak. tapi pasti akan diikuti dengan satu ciuman minta maaf.)
-com (cium), cocom (dokong), eyok (peluk).
-anggota badan: rambut, telinga, mata, hidung, pipi, gigi, lidah, mulut, leher, perut, tetek, kaki, tangan
-eyak (beritahu dia berak, sebelum atau selepas, ikut keadaan)
-pepes (lampin pakai buang), baju, suar (seluar), acut (kasut) 
-bebu (lembu), bebu ati (lembu mati-semenjak tengok lembu korban disembelih), namuk dedet (nyamuk gigit-tanda gatal)
-tenyummmm, ketek. (sambil pegang kamera rosak. kiranya ambil gambar kita lah.)

Ini jelah yang ingat buat masa ni. Bila senaraikan, wah! memang anak sulong ibu ayah ni dah boleh bercakap sangat, bercakap banyak juga.

Satu perkataan baru yang dia sebut malam tadi, yang buat kami terkejut mendengarnya sebab tak pernah ajar lagi pon; insyaAllah..insyaAllah, masa dengar lagu Maher Zain berkumandang dalam cerita Nur 'Ain. Alhamdulillah, moga anak ini membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat, amin.