Wednesday, March 17, 2010

Finally, the questions are ready!

Alhamdulillah aku dah berjaya siapkan soalan Final Exam untuk subjek Matematik Kewangan 2. Baru je hantar pada Ketua Jabatan selepas tunjuk pada Profesor penilai selepas buat sedikit penambahbaikan. Pengalaman pertama. Tak mudah juga rupanya buat soalan. (",)

Tuesday, March 16, 2010

Baju ibu dan baju baby

Baju ibu: Sekotak plastik beroda warna kuning. Pakaian harian Ude ke pejabat selama 4 kali mengandung. Hampir kesemuanya jenis maxi. Pelbagai corak dan warna. Tak muat beg, cuma dapat bawa balik 9 helai je. Nanti abang bawa kemudian pula.

Baju baby: Dinasihatkan oleh mak dan kakak-kakak untuk bawa serba sedikit sebagai persediaan untuk kes kecemasan. Bawa balik beberapa helai kain bedung, barut, baju, seluar, topi, sarung kaki dan sarung tangan. Semua barang ni bukanlah baru. Dah digunakan pun oleh anak2 buah aku yang sebelum ni. Kami 'pass' kotak2 barang tu antara adik beradik. Maklumlah, baju untuk baby yang baru lahir ni kejap sangat dipakai, sebeb tumbesaran mereka yang sangat cepat. Jadi tak berbaloi kalau nak beli banyak baju baru sendiri. Cukuplah beli beberapa helai nanti untuk baby pakai masa nak bawa keluar rumah.

Tiap kali melihat dan memegang baju2 kecil tu, hati ini rasa tak menentu. Gembira, terharu, berdebar, tak sabar, sayu, takut, gementar dan banyak lagi rasa yang tak dapat digambarkan bercampur baur di dalam. Anak ini semakin kuat pula gerakannya kini, seakan dah tak sabar nak melihat dunia. Ibu pun sebenarnya dah tak sabar nak jumpa kamu. Semoga Allah permudahkan saki baki tempoh kehamilan ibu dan proses kelahiran kamu nanti. Ibu juga berdoa agar ayah dapat bersama2 kita di saat itu agar dapat menambah semangat kita berdua untuk berjuang. Bantu ibu ye sayang.

Thursday, March 11, 2010

Conferral of the PhD degree

Majlis Penganugerahan Ijazah Kedoktoran aku adalah pada hari ni di Oslo, Norway. Sedih pulak rasanya tak dapat nak hadir. :(

Ni serba sedikit isi kandungan surat jemputan ke majlis tu:

INVITASJON TIL DOKTORKREERING

Vi gratulerer med vel overståtte doktorgradsprøver og har gleden av å invitere deg til å motta ditt diplom ved doktorkreeringen i Gamle festsal, Urbygningen, Karl Johans gate 47

TORSDAG 11. MARS KL. 1700

Reserverte plasser på de forreste radene for de nye doctores, oppmøte kl. 1645.

Doktorkreeringen består av følgende elementer:

- Prosesjon inn (kun Universitetsledelsen og dekaner)
- Rektors tale
- Dekanenes presentasjoner av den enkelte doktorand med utdeling av diplom
- Kulturelt innslag
- Hilsen til universitetet fra en av de nye doctores
- Prosesjon ut (Universitetsledelse, dekaner – nye doctores følger bak)

Gamle festsal har plass til 260 personer. Hver doktorand kan derfor kun ha med seg to gjester til seremonien (familiemedlemmer, kollegaer, venner eller veiledere). Det er mulig å ta kontakt den siste uken før kreeringen for å høre om det eventuelt er mulig å ta med seg en ekstra gjest.

Umiddelbart etter seremonien, ca kl 1845, holdes en uformell mottakelse i Domus Bibliotheca (bygningen til venstre på Universitetsplassen). Du er velkomment til å invitere med deg inntil seks gjester på denne mottakelsen. Mottakelsen varer ca en time.

Pent antrekk.

Doktordiplomet og presentasjonsboken tar utgangspunkt i følgende opplysninger:

Fullt navn: Hassilah Binti Salleh
Dato for disputas: 21. desember 2009
Oppnådd grad: Ph.d.
Tittel på avhandling: Variational Stochastic Calculus and Applications to Finance

Vi ber om tilbakemelding senest 26. februar på følgende spørsmål:

- Har du anledning til å delta på seremonien?
- Har du anledning til å delta på mottakelsen?
- Hvor mange gjester tar du med deg på seremonien?
- Hvor mange gjester tar du med deg på mottakelsen?
- Stemmer opplysningene vi har registrert for doktordiplomet?

Tilbakemeldingen gis på e-postadresse invitasjon-doktorkreering@admin.uio.no.

Det er Kommunikasjonsavdelingen ved UiO som har ansvaret for doktorkreeringsseremonien og mottakelsen etterpå. Spørsmål kan derfor rettes til Gry Kolbjørnsen på e-postadressen ovenfor eller på tlf 22 85 40 13.

Velkommen til doktorkreering!

Wednesday, March 10, 2010

Berita gembira

Malam tadi dapat satu berita gembira. Kak Lang yang kawin sekali ngan aku dah ngandung, 2 bulan lebih. Alhamdulillah.

Kiranya tahun ni mak kami akan dapat sekurang2nya 3 orang cucu. InsyaAllah anak Kak Etam akan lahir April, anak aku Mei/Jun dan anak Kak Lang bulan Oktober.

Seronok kan? (",)

Sunday, March 7, 2010

Hari yang gembira bertukar cemas

Semalam abang bawa aku gi mandi air terjun Sekayu. Yey!!! Lama sangat dah aku minta. Ingat dekat je, rupanya adalah dalam 70km juga dari rumah. Takpelah, teringin punya pasal.

Selepas berhenti solat zohor di masjid Sekayu, kami terus menuju ke air terjun yang letaknya dalam 300m dari situ. Pilih lokasi yang agak strategik, yang ada tempat boleh bentang tikar dan letak barang2 tapi masih berada dalam jarak pandangan dari tempat berendam. Dah berapa kuarga bersilih ganti berkelah berdekatan dengan kami, tapi kami tak habis2 lagi. 2 jam aku berendam sampai puas hati.

Dalam pukul 11 mlm, aku dapati ada kelainan pada vaginal discharge aku; ada warna coklat kemerahan. Keluar bilik air, cakap dengan abang. Abang mula gelabah. Aku buka buku merah, tengok apa perkara yang memerlukan segera ke klinik/hospital. Mmm.. kelainan pada discharge pon termasuk. Telefon klinik panel, doktor tengah ada patient. Penyambut telefon tak nak sambung talian, suruh datang terus ke klinik. Risau kalau2 itu hanyalah perkara biasa sebab aku penat berendam pada siang harinya, aku telefon Dr. Azlina, salah seorang doktor di klinik panel tu tapi sedang cuti bersalin.

Dia tanya sama ada perut aku rasa sakit, sama ada aku ada jatuh atau terseliuh masa pergi berkelah tu. Tapi semua jawapannya tidak. Baby pon masih menendang2 lagi walaupun dah hampir tengah malam. Katanya warna coklat kemerahan tu bermaksud ada berlaku pendarahan di dalam. Jadi dia cadangkan aku pergi juga ke klinik, scan, tengok macamana. Kami bergegas pergi.

Tak lama menunggu, dapat jumpa Doktor. Alhamdulillah doktor kata tiada masalah dalam pemerhatian dia. Mungkin berlaku sedikit pendarahan pada dinding rahim. Uri pon masih berada pada kedudukan yang baik walaupun sedikit ke bawah. Bila aku kasitau yang kami pergi air terjun, dia kata mungkin itu jadi salah satu puncanya. Bila berendam, mungkin ada sedikit air masuk ke dalam faraj. Kalau berendam dalam air kolam renang pon sama. Katanya lagi, lepas ni kalau2 berlaku pendarahan (fresh blood), terus pegi ke hospital. Tapi kalau setakat discharge yang sama, dalam sehari dua, takpelah. Tapi kalau berlanjutan, kena pergi hospital juga. Doktor pesan supaya aku banyakkan berehat.

Alhamdulillah semua selamat. Baby pon masih gerak lagi hari ni, walaupun kurang aktif banding hari2 sebelumnya. Mungkin penat berendam sama ngan ibu semalam dan tidur lewat sebab beria2 menendang di tengah malam untuk menunjukkan pada ibu yang dia masih sihat di dalam. Thanks sayang. (",)

Friday, March 5, 2010

Tangkap kaki dia!

Malam tadi, sedang aku menonton tv, aku baring di atas tikar, mengiring ke kiri.

Tiba2 anak menendang di bahagian perut sebelah kanan. Kuat. Aku letak tangan di situ. Sekali lagi tendangan. Sempat aku cubit kulit perut ni. Terasa sesuatu; kaki dia! Kejadian berlaku pantas betul. Dia berjaya lepaskan kakinya dengan mudah. Lepas tu terus senyap. Tak tendang2 dah sampai ke pagi ni. Hahaha. Malu lah tu, nyorok.

Nota: Semalam hari pertama aku kira tendangan baby, bermula dari pukul 9 pagi. Jap je, pukul 10.15 pagi dah lengkap 10 tendangan. Nasib baik tak kena kira berapa tendangan sehari. Tak tau nak kira dah gamaknya semalam.

Wednesday, March 3, 2010

Hb

Semalam pegi check-up kat Klinik Kesihatan Seberang Takir lagi.

Ujian yang biasa dilakukan:
-timbang berat
-ambil tekanan darah tinggi
-ambil air kencing untuk ujian gula dan Alb
-ambil darah di hujung jari untuk ujian Hb
-ukur tinggi rahim
-periksa kedudukan bayi

Tapi kali ni ada tambahan:
-dengar jegupan jantung bayi guna alat
-ambil suntikan Tetanus Toxoid kali ke-2
-jumpa Doktor untuk review gambar2 scan dari klinik swasta yang aku pernah ambil
-Doktor scan kedudukan uri

Yang paling menyedihkan, peratusan Hb dalam darah aku menunjukkan tren menurun sejak mula kandungan; 12.5, 11.4, 11.0, 10.9. Jadi Doktor arahkan aku untuk buat ujian tambahan untuk kesan andai kata aku ada anemia:
-ambil darah di lengan untuk ujian Ferritin
-ambil sampel najis untuk ujian stool ova & parasites

Macam2 nasihat jururawat dan Doktor bagi, terutamanya tentang diet tinggi zat besi. Macam2 nak kena makan. Iron tablet pon dah kene ambil 4 biji 1 hari. Tak laratlah... huhu.

Monday, March 1, 2010

Perut senget?

Malam tadi abang tanya, "Bukan ke kalau dah 6 bulan, perut dah boleh nampak senget2 sebab gerakan bayi?" Entah. Aku ada gak dengar pasal tu, tapi tak tau kenapa, seronok sangat bila die menendang sampai tak terfikir nak tengok. Dok pegang je perut ni.

Pagi tadi, sementara tunggu nasi yang diperhangat, aku bergolek semula atas katil, mengiring ke kanan. Tiba2 baby menendang, di bahagian kiri perut. Aku pandang. Dia tendang lagi. Ha! Memang dah nampak lah. Seakan ada gegaran kecil yang buat baju jadi berombak. Hehe. I like!

Terus telefon abang, cerita. Patutnya abang dah dapat tengok dah hujung minggu baru ni. Tapi malangnya baby tak gerak sangat masa ayah dia ada. Selalu macam tu. Tapi bila abang balik je, macam malam tadi, baru je drive keluar dari airport, perut dah mula gelisah, macam berpusing2. Sampai rumah, baring atas sofa, mula tendang2 tak berhenti. Hai lah anak ibu...