Tuesday, November 17, 2009

Anak ibu buat apa tu?

"Aktifnya anak awak Hassilah. Berjoget dia!" kata Dr. Azlina.

Kedua2 kaki dan tangan bergoyang2, menggapai2 ke sana sini. Sekali nampak macam berenang, sekali nampak macam menari pon ada. Susah betul nak ambil gambar dia statik. Tak duduk diam. Berpusing, beralih sentiasa. Mungkin dia tahu ini kali pertama ibu dan ayah tengok dia, jadi dia buat 'performance' sikit. Tergelak2 kami bertiga dibuatnya.

"Tu nampak tak jantung dia berdegup?" kata Dr. lagi.

Maha suci Allah! Bukan 1, tapi 2 jantung sedang berdegup dalam badan aku sekarang. Yakinlah aku yang memang dah ada seorang insan lain yang sentiasa 'berdampingan' denganku saat ini, walau di mana sahaja aku berada. Yey! Dah ada teman bercakap.

"OK, nampaknya ada 1 jelah ye. Bukan kembar."

Alhamdulillah. Seorang pon dah cukup baik. Semoga anakku sempurna sifatnya, sihat fizikal dan mentalnya, serta membesar dengan baik di dalam tu.

Mengikut ukuran diameter kepala, pada 16 November 2009, anak ibu dah berumur 12W3D (+-1W1D). Dijangka lahir 28 Mei 2010. Looking forward to see you my dear!

Thursday, November 12, 2009

Pesan ayah

"Sayang, jaga ibu baik2. Jangan susahkan ibu. Sian ibu nak jaga sayang sorang2."

Dan dia dengar kata ayahnya. (",)

Thursday, November 5, 2009

Tak boleh

Ha! Macamana ni? Kain dah tak boleh kancing! Jeans pon sama. Baru berapa minggu. Huhu.

Aku yang dah makin gemuk atau memang patutnya gini? Mmm...

Tuesday, November 3, 2009

Comel

Ada satu masa menunggu tu, aku main2 ngan sorang budak lelaki kecil. Berbaju kemeja belang, berkolar. Pakai kopiah. Dalam 2 tahun umurnya barangkali. Sangat aktif. Tak takut orang. Ketek..ketek..ketek..dia berjalan ke hulu ke hilir. Comel. Ummi dia tengah sarat, tak larat nak ligan.

Kami duduk tepi dinding yang ada dilukis mural. Aku tunjuk dan sebut nama2 binatang dan tumbuhan yang ada kat situ. Dia ikut. Once dia kutip getah gelang kat atas lantai, aku suruh buang dalam tong sampah. Dia patuh. Pandai pulak tu cari tong sampah walau aku tak tunjuk. Siap cari yang paling dekat dan buang ke dalam tong yang bertutup tu lagi.

Lepas tu dia datang semula ke kerusi yang kami duduk sama2 tadi. Masa tu aku dah dok kat Abang semula. Dia pandang kat aku, terkebil2. Aku jadi serba salah. "Itu pandangan memanggil ke Abang?" Abang sengih. Aku bangun, pergi dekat, terus dia panjat kerusi, tunjuk lagi ke dinding. Ya, memang sahlah dia panggil aku. Hehe. Kami belajar bersama2 lagi.

Siapa namanya, di mana tinggalnya, semua aku tak tahu. Yang pasti aku harap dapat jumpa dia lagi, suatu hari nanti. (",)

Buku merah

Jap je, dah nak masuk 12 minggu. Kawan2 kata dah kena buat buku. Kalau tak, nanti kena marah.

Isnin, 2 November 2009.

8 pagi dah sampai kat Klinik Kesihatan Seberang Takir. Terus ke bahagian rawatan Ibu dan Anak. Pergi kaunter, dapat buku merah. Isi maklumat yang diperlukan kat muka surat depan. Hantar balik kat Misi di kaunter. Lepak jap, Misi panggil nama. Masuk bilik, dia tanya itu ini dan tanda dalam buku. Dia sediakan 2 tiub untuk ujian darah dan borang2 yang berkaitan. Lepas tu timbang dan periksa tekanan darah kat kiri dan kanan lengan.

Seterusnya Misi kasi aku botol untuk ujian air kencing. Hantar ke makmal. Kat tempat yang sama, ada petugas yang ambil sedikit darah dari hujung jari hantu kanan, untuk ujian HIV. Duduk jap sangat dah dipanggil untuk ambil result.

Lepas tu kembali ke Bilik Rawatan Ibu dan Anak, ambil darah kat lengan pulak, 10cc kalau tak silap. Lepas borang dikembalikan, pergi ke bahagian Pesakit Luar, jumpa Doktor. Yang ni lama sikit menunggu, sikit je. Tapi ada citer Wonder Pet, seronok juga layan sambil dengar Abang nyanyi bersama2 diorang. Haha.

Doktor muda, Nini namanya. Periksa degupan jantung dan kemudian leher aku kalau2 ada tiroid. Pastu tanya2 itu ini sambil menjawab soalan aku yang macam2. Dia soh aku pilih sama ada nak wat appointment utk scan baby di klinik tu atau kat swasta. Kalau kat dia, lambat sikitlah, kena tunggu. Aku pilih utk wat di swasta je. Doktor soh buat antara minggu ke 16 hingga 20 dan gambar tu kena tampal dalam buku. Selesai, kena kembali jumpa Misi untuk tetapkan tarikh rawatan seterusnya.

Selepas menunggu seketika, aku dipanggil masuk. Misi suruh baring, periksa buah dada. Sesuai untuk penyusuan katanya. Kemudian periksa leher pulak kalau2 ada tiroid. Kena angkat tangan ke depan sambil berbaring, juga untuk ujian tiroid. Kalau ada, tangan akan bergetar kata Misi. Lagi, dia pegang bahagian di bawah pusat; Rahim. Tak rasa apa2 lagi katanya sebab kandungan masih baru.

Misi tulis2 laporan dalam buku, nagi nasihat itu ini dan kasitau yang rawatan seterusnya pada 1 Disember. Tak semestinya dibuat di klinik tu, aku boleh pergi mana2 klinik, kerajaan atau swasta. Yang penting aku kena dapatkan juga rawatan pada masa tu, dan pastikan buku merah dibawa sentiasa untuk diisi oleh misi/doktor yang merawat.

Akhir sekali Misi suruh pergi ke bilik suntikan untuk ambil garam beriodin untuk digunakan dalam masakan dan ke farmasi untuk ambil asid folic.

Siap semua kul 11pagi. Walaupun makan masa 3 jam, serius tak terasa masa berlalu. Agaknya sebab banyak ujian yang dilakukan dan banyak juga info yang kami peroleh (siap dapat garam lagi!), serta masa menunggu untuk setiap satu proses yang tak keterlaluan lamanya.

Sunday, November 1, 2009

Email from Marie

Good news - finally!

Thursday, 29 October 2009 9:08:59

From: Marie Wennesland
To: Hassilah
Cc: t.l.lindstrom@cma.uio.no; proske@math.uio.no

Hi all,

I talket to the UDI again today, and the permission for a new residence permit has been granted from August 31st (sic!) to Dececmber 31st 2009.

The embassy in Kuala Lumpur has been notified, and you need to contact them in order to get your visa etc...

Please let us know when you plan to arrive in Norway, so that Tom and the committee can plan a date for your trial lecture and defense.

Best regards,
Marie